24 Mei 2012

‘Jeneral’ umpan cinta

3 Rejab 1433H. [MOD] -

RAMPAS...Izany (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas daripada sindiket.
KUALA LUMPUR: “Tak sanggup lihat ibu ditipu lagi,” kata seorang lelaki mengenai ibunya yang terjebak dengan sindiket penipuan Afrika sehingga kerugian lebih RM5 juta dan kehilangan pelbagai harta benda.

Lelaki dikenali sebagai Zam, 30, berkata, dia membuat laporan polis mengenai perkara itu pada September tahun lalu dan sangat bersyukur selepas mendapat tahu kejayaan polis menahan 16 individu dipercayai anggota sindiket Afrika yang terbabit menipu ibunya, tiga hari lalu.

“Saya mula mengesyaki sikap ibu yang berubah sejak dua tahun lalu selepas berkenalan dengan seorang lelaki kononnya pegawai tentera berpangkat ‘jeneral’ dari Amerika Syarikat yang pernah bertugas di Iraq melalui laman sembang di Internet.

“Ibu sering mengeluarkan wang simpanannya dalam jumlah yang banyak dengan alasan mahu melabur dalam perniagaan dijalankan pegawai tentera terbabit.

“Menyedari kewujudan sindiket penipuan warga Afrika yang berleluasa di Malaysia ketika itu, saya cuba menasihati ibu berkali-kali, namun dia tetap mempercayai lelaki terbabit,” katanya, semalam.

metro/-

Tiada ulasan: