3 Rejab 1433H. [MOD] -
AGU Casmir muncul wira Lions XII apabila berjaya meledak dua gol berturut-turut dalam pertemuan menentang Sarawak, sekali gus memastikan kedudukan pasukan itu kekal sebagai pendahulu Liga Super dengan 44 mata selepas menewaskan skuad Bujang Senang 3-0 kelmarin.
Memuji ketangkasan Agu, tonggak utama Lions, Shahdan Sulaiman gembira dengan disiplin serta rentak konsisten rakan sepasukannya, meskipun terpaksa beraksi tanpa kelibat kapten, Shahril Ishak yang masih dibelenggu kecederaan bahu.
“Ketiadaan Shahril amat dirasai, namun kami berjaya mengikat pergerakan Sarawak sepanjang 90 minit perlawanan dengan kemampuan Agu serta beberapa pemain lain seperti Khairul Nizam, Sufian Anuar dan Safuwan Baharudin yang turut menjaringkan satu gol bagi memastikan kemenangan memihak kepada kami,” katanya.
Dilihat terdesak untuk memungut tiga mata penuh memandangkan peluang untuk muncul juara liga musim ini tipis apabila hanya berbaki lima perlawanan berbanding pencabar terdekat, Kelantan dengan 11 perlawanan 37 mata, skuad Lions kini mengharapkan keajaiban supaya Kelantan gagal mengekalkan kedudukan.
“Baki saingan pasti akan menjadi lebih sukar buat kami, namun kami tetap mengekalkan rentak memengan dan mengumpul sebanyak mungkin mata untuk menghabiskan perlawanan musim ini dengan cemerlang,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan