16 Muharram 1433H. [MOD] -
MARAK...rumah kedai di Jalan Lama Beluran Dua, pekan Beluran yang terbakar, kelmarin.
ANGKAT...anggota polis membawa mayat mangsa dari bahagian atas rumah kedai terbabit.
BELURAN: Cubaan seorang ibu menyelamatkan dua anak perempuannya
dengan keluar melalui tingkap jeriji gagal kerana ia berkunci
menyebabkan ketiga-tiga beranak itu rentung dalam kebakaran membabitkan
rumah kedai yang mereka diami di Jalan Lama Beluran Dua, di sini, malam
kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mayat Siti Jainah Abd Razak,
32, bersama dua anaknya, Siti Noraznizah Husin, 9, dan Siti Norajikah
Husin, 5, berasal dari Kampung Kolapis, di sini, ditemui berpelukan di
bilik mandi bahagian atas rumah kedai mereka.
Tiga beranak itu terperangkap selepas gagal membuka tingkap jeriji
yang berkunci, manakala suaminya, Husin Ismail, 30-an, dan anak lelaki
sulung mereka, Azrul Nizam, 12, yang ketika kejadian berada di tingkat
bawah, sempat menyelamatkan diri.
Kebakaran itu memusnahkan sebahagian daripada ruangan restoran dan Pejabat Perhubungan Parlimen Beluran yang terletak bersebelahan kedai menjual perkakas rumah terbabit.
Kebakaran itu memusnahkan sebahagian daripada ruangan restoran dan Pejabat Perhubungan Parlimen Beluran yang terletak bersebelahan kedai menjual perkakas rumah terbabit.
Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V Sivanathan berkata, ketika kejadian, mangsa bersama dua anak perempuannya tidur di tingkat atas kedai berkenaan, namun mereka terjaga apabila berlaku kebakaran dan cuba menyelamatkan diri.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan