30 November 2012

Pemaju jumpa PAR untuk selesaikan kemelut dengan penduduk

16 Muharram 1433H. [MOD] -


KAMPUNG  Semangat terletak berdekatan Kemayan City di Skudai. Penduduk asalnya lebih 400 buah rumah sejak lebih 40 tahun lalu. Keluasannya lebih kurang 62 hektar.

Penduduknya bercampur2 melayu, cina dan india. Kini, tinggal 180 buah rumah. Sedihnya, tanah tersebut bertukar pemilik kpd Danga Bay Sdn Bhd, syarikat yang begitu rapat dengan YAB Menteri Besar Johor.

Sdr Suhaizan Kaiat, Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Kempas sedang menangani isu ini kerana kontraktor projek mula masuk tanpa memikirkan penduduk yang begitu lama mendiami kawasan tersebut.

Malam semalam, saya mendengar aduan wakil penduduk bersama sdr Suhaizan di Pejabat Pusat Aduan Rakyat Kempas di Taman Munshi Ibrahim, JB. Kami memberikan beberapa syor kpd penduduk.

Hari ini peguam bagi pihak Danga Bay Sdn Bhd mahu berunding setelah mereka 'berkasar' dengan penduduk sekian lama. Mereka hubungi Suhaizan bagi mencari jalan tengah agar pergaduhan minggu lepas antara pekerja kontraktor dgn penduduk tidak berulang kembali.

Alhamdulillah, PAS semakin menyerlah membantu rakyat yang dizalimi. Pemimpin Umno hanya retorik dengan slogan ' rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
Dikebanyakan kes, yang jadi pemaju projek dan broker hingga merampas dan menghalau penduduk adalah pemimpin Umno!

Saya menyimpan berpuluh2 kes yang membabitkan pengkhianatan pemimpin Umno ini. Walaupun mereka boleh bertempik sorak di PWTC; kononnya mereka pembela melayu, penduduk yang dizalimi faham sangat sandiwara pemimpin Umno!

Tekad PAS dan Pakatan Rakyat, teruskan bantu rakyat tidak kira apa bangsa. 
Munajat kepada Allah, dipermudahkan segala urusan, Amin.

selatan online/-

Tiada ulasan: