16 Muharram 1433H. [MOD] -
TAMPIN – Hasrat seorang adik untuk menghantar makan malam kepada
abangnya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila melihat dia mati dalam
keadaan tergantung di palang kipas syiling rumahnya di Taman Repah Baru,
malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, adik mangsa, B Suman, 24, berasa pelik apabila ketukan pada pintu dan panggilan selama beberapa kali tidak disahut seperti biasa oleh
abangnya, B Vijaya Ratanam, 29. Menurut Suman, dia nekad menyelak langsir di tingkap hadapan rumah dan terkejut melihat keadaan abangnya yang tergantung dengan kain sari berwarna merah di bahagian tengah rumah.
“Saya segera membuka pintu melalui tingkap hadapan dan bergegas menurunkan abang yang ketika itu sudah pun kaku. Selepas itu saya terus menghubungi kakak, B Rani, 36, sebelum menghubungi pihak polis.
“Saya terkejut dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini abang suka bergurau dan tidak menunjukkan ada sebarang masalah kepada kami sembilan beradik,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, di sini, semalam.
Sementara abang sulung mangsa, B Samunde, 37, berkata, kali terakhir dia berjumpa adiknya itu pada perayaan Deepavali lalu.
“Adik sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berusia 3 dan 9 tahun. Bagaimanapun, kira-kira sebulan lalu, adik mahu bekerja kontrak di sini dan pulang berseorangan serta menetap di rumah keluarga kami di sini.
“Kami adik-beradik sepakat menghantarkan makan malam kepadanya setiap hari memandangkan adik tidak mempunyai pengangkutannya sendiri untuk keluar,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.
“Mangsa disahkan sudah mati dan mayatnya dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan