30 November 2012

PBB naik taraf Palestin, Israel bantah

16 Muharram 1433H. [MOD] -

PBB naik taraf Palestin, Israel bantah

Mahmoud Abbas melambai ke arah perwakilan ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB semalam. - Foto EPA
 
NEW YORK - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menaikkan taraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota meskipun keputusan itu dikecam keras oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS).

PBB memberikan taraf itu lebih seminggu selepas gencatan senjata dicapai di wilayah Gaza, yang diserang selama lapan hari berturut-turut oleh Israel.

Sejurus selepas keputusan itu diumumkan, Presiden Palestin Mahmoud Abbas memberitahu Perhimpunan Agung bahawa undi itu peluang terakhir untuk menyelamatkan penyelesaian dua negara membabitkan Israel.

sinar/-

Tiada ulasan: