30 November 2012

Najib perlu berundur jika benar-benar insaf

16 Muharram 1433H. [MOD] -


IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa berundur jika perdana menteri itu bebar-benar sudah menginsafi segala kelemahannya.

Menurut Bendahari Dewan Pemuda PAS Perak Fakhrulrazi Mokhtar, Najib tidak boleh menganggap kesilapannya adalah perkara biasa dan berasa cukup dengan hanya meminta maaf.

Sebaliknya katanya, permohonan maaf itu perlu disusuli dengan meletakkan jawatan dan memberikan peluang kepada mereka yang lebih baik untuk menerajui negara.

“Permohonan maaf tersebut menggambarkan pelbagai kezaliman yang telah Umno lakukan sebelum ini dan Najib melihat perkara ini sangat kecil dan mudah dimaafkan.

"Najib seharusnya berundur dan melepaskan jawatannya jika beliau benar-benar insaf akan perbuatannya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin di Negara lain," kata beliau kepada Harakahdaily.

Sementara itu, mengulas Perhimpunan Agong Umno (PAU) kali ini beliau berpendapat ianya seoalah-olah tiada arah tuju.

Menurutnya, pimpinan dan perwakilan Umno menggunakan perhimpunan kali ini lebih kepada  medan untuk menghentam dan memfitnah Pakatan Rakyat.

Katanya, pimpinan Umno hanya sibuk menghentam Pakatan Rakyat dan tiada langsung usaha gerak kerja dan strategi yang dicadangkan serta dibincangkan untuk menghadapi PRU13.

“Semua perwakilan daripada pemuda, wanita dan pimpinan tertinggi hanya menghentam dan memfitnah sebaliknya tiada langsung idea, strategi, dan gerak kerja yang bernas dilontarkan daripada perwakilan,” katanya ketika ditemui Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, perwakilan seharusnya menggunakan perhimpunan kali ini untuk memuhasabah diri dan mencari punca kenapa sokongan masyarakat kepada parti itu semakin berkurang.

Fakhrulrazi berkata, pemimpin Umno seolah-olah meragui akan kesetiaan ahli sendiri apabila terus menyarankan agar tidak mempercayai agenda Pakatan Rakyat.

“Mereka seolah-olah tidak yakin dengan sokongan ahli sendiri dan berusaha untuk memberi kepercayaan tinggi ahli kepada Umno,” kata beliau lagi.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, suasana ini menggambarkan Umno semakin terdesak untuk meraih sokongan termasuk ahli sendiri.

harakah/-

Tiada ulasan: