30 November 2012

UMNO ganggu kerja Polis?

16 Muharram 1433H. [MOD] -


DISAAT Perhimpunan Agung Umno 2012 sedang rancak bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan muncul dengan pendedahan Menteri Dalam Negeri. 

Datuk Seri Hishammuddin Hussein pernah campur tangan memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan ketua polis daerah yang bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh Ketua Polis Negara dan bukannya menteri.

Sahlah Umno bukan sahaja mengawal kementerian malah turut menganggu gugat kerja pasukan keselamatan.... Selamatkan Negara Tumbangkan UmnoBN....

selatan online/-

'Tolong selamatkan saya'


ANGGOTA polis memeriksa mayat Sukini yang mati terjatuh dari tingkat sembilan sebuah
kondominium di Petaling Jaya semalam.



PETALING JAYA – Seorang pekerja kedai dobi terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa didera secara mental oleh majikannya apabila wanita tersebut ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah apartmen semalam.
Peristiwa menyayat hati yang berlaku pada pukul 11 pagi di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini itu menyebabkan Sukini, 30-an, maut apabila cubaannya untuk melarikan diri dengan memanjat balkoni rumah majikannya yang berketurunan Cina gagal sebelum dia terjatuh.
Difahamkan, ketika hendak memanjat, wanita dari Kalumpang, Sulawesi itu telah tergelincir dan sempat berpaut beberapa minit pada tembok balkoni itu sebelum terjatuh.
Turut ditemui di sisi mangsa ialah satu bungkusan kain batik mengandungi beberapa helai baju, seluar dan sabun.
Pekerja dobi berkenaan yang ingin dikenali sebagai Yanti, 40, berkata, dia begitu kesal dengan kematian Sukini kerana dia memang bercadang untuk menyelamatkan wanita itu sebaik mendapat nota terakhir mangsa yang ditulis di atas tisu pada pukul 9 pagi kelmarin.
Nota itu berbunyi: “Kakak, tolong selamatkan saya. Kalau kakak tak boleh tolong saya nekad lari ikut balkoni.”
Mangsa baru bekerja sejak dua minggu lalu dengan majikannya itu.
ANAK panah menunjukkan arah Sukini terjatuh.


“Sejak dua minggu lalu, saya mendapat tiga nota ditulis di atas tisu yang dicampak mangsa setiap kali dia lalu di depan kedai bersama majikannya untuk membeli nasi lemak pada waktu pagi.
“Ia berkisar mengenai kesulitan dan kesengsaraannya sejak bekerja dua minggu lalu. Mangsa turut mengadu dia tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa termasuklah keluarganya yang berada di Kalumpang, Sulawesi,” dakwanya ketika ditemui.
Ceritanya, nota keempat diterimanya pagi kelmarin. Nota itu memintanya supaya menyelamatkan amah tersebut atau dia akan nekad lari melalui balkoni kerana tidak tahan apabila sering dimaki hamun oleh majikannya.
“Sejurus membaca nota itu, saya telah melaporkannya kepada seorang pengawal keselamatan. Bagaimanapun, belum sempat dia diselamatkan, kami mendapat berita dia telah mati akibat terjatuh,” dakwanya lagi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.
Penasihat Menteri Penerangan, Sosial dan Budaya bagi Kedutaan Indonesia di Malaysia, Suryana Sastradiredja pula ketika dihubungi berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan seorang pembantu rumah dari Jakarta, Indonesia yang dikenali sebagai Suryani, 24, cedera teruk akibat dipukul dengan batang mop oleh anak majikannya yang berketurunan Cina di Taman Patani Indah, Sungai Petani, Kedah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2DfghaeQ2
Hakcipta terpelihara

Tiada ulasan: