16 Muharram 1433H. [MOD] -
KERIAN - Anak patung merupakan hadiah terakhir diterima Daphne Eng Yuik
Yee, 14, daripada seorang rakan sekolahnya sebelum maut dalam
kemalangan ngeri yang turut mengorbankan empat mangsa lain di Slim
River, Selasa lalu.
Datuk mangsa, H’ng Teoh Seah, 66, berkata, sebelum mendiang berangkat ke Muar, Johor bersama ahli kumpulan tarian dan nyanyian untuk mengadakan persembahan, seorang rakan perempuan Daphne menghadiahkannya patung itu sebagai peneman di sepanjang perjalanan.
Menurutnya, mendiang sebelum ini pernah meminta ibu bapa dan ahli keluarganya membelikan patung itu kerana terlalu meminatinya.
“Bagaimanapun, hasrat mendiang tidak dapat ditunaikan kami semua sibuk menguruskan hal keluarga.
“Sebelum mendiang berangkat, dia memberitahu saya tidak perlu membelikan anak patung kerana sudah dihadiahkan oleh seorang rakannya,” katanya di rumahnya di Bagan Selatan, semalam.
Kata Teoh Seah, dia sekeluarga tidak menyangka patung itu merupakan hadiah terakhir diterima cucunya dan agak terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan itu.
Jelasnya, mendiang merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik dan meminati bidang nyanyian serta tarian sejak kecil.
"Mendiang yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Kerian, Parit Buntar pernah meluahkan hasrat untuk menjadi seorang penari profesional apabila sudah dewasa kelak.
“Mendiang merupakan anak yang baik, ketika baru menyertai pasukan tarian, dia begitu gembira dan saya berbangga miliki cucu sepertinya,” katanya.
Teoh Seah berkata, dia terperanjat mendapat tahu kejadian itu daripada polis yang datang ke rumah mereka kira-kira jam 9 pagi hari kejadian.
“Pada awalnya tidak percaya, tetapi selepas saya dan ahli keluarga melihat gambarnya sekeluarga dalam berita di televisyen, kami akur dengan ketentuan tuhan,” katanya.
Mendiang Daphne dikebumikan di tanah perkuburan bukan Islam, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

sinar/-
1 ulasan:
innalillahi
Catat Ulasan