30 November 2012

Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia tiba di KLIA

16 Muharram 1433H. [MOD] -

Sikap pemandu kenderaan berat punca kemalangan



PETALING JAYA - Kajian PLUS Expressways Berhad (PLUS) mendapati 87 peratus kemalangan yang melibatkan kenderaan berat seperti bas dan lori berpunca daripada pemandu.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid (gambar) berkata, memandu melebihi had laju, mengantuk, keletihan dan tidak menyelenggara kenderaan dengan baik demi mengejar perjalanan adalah antara faktor yang menyebabkan kemalangan berlaku.
"Lori menyumbang 18.1 peratus dan bas menyumbang 2.3 peratus daripada 54,380 kemalangan di lebuh raya PLUS sejak 2007 hingga Oktober lepas," katanya selepas merasmikan Seminar Keselamatan Hormati Had Anda di sini semalam.
Seminar itu menekankan kepentingan menghormati had fizikal, kemampuan pemandu dan kemampuan kenderaan dipandu seseorang pemandu.
Ia disertai oleh pemandu kenderaan berat serta anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pekerja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JPJ Selangor, Ahmad Awang berkata, seminar itu dapat meningkatkan kesedaran selain platform terbaik kepada operator kenderaan untuk memberikan latihan kepada pekerjanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2DgkKg3S8
Hakcipta terpelihara
SEPANG - Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia seramai 351 orang termasuk 30 petugas Lembaga Tabung Haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini menerusi pesawat MH821.
Mereka yang tiba pada pukul 2 petang disambut Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail.

Abi Musa Asa'ari berkata kepulangan kumpulan terakhir itu menandakan tamatnya operasi haji tahun ini yang secara keseluruhannya berjalan lancar.

Bagaimanapun tujuh jemaah masih dirawat di hospital di Mekah dan Madinah akibat pelbagai masalah kesihatan dan hanya akan dibawa pulang setelah dibenarkan pihak hospital, katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan para jemaah di sini hari ini.

Menurutnya pada musim haji kali ini seramai 54 jemaah meninggal dunia di Tanah Suci berbanding lebih 70 orang tahun lepas.

Pengarah Operasi Perubatan Madinah Dr Wan Mansor Hamzah berkata kesihatan para jemaah tahun ini adalah lebih baik berbanding sebelum ini berkemungkinan kerana cuaca yang tidak jauh berbeza seperti di Malaysia serta keprihatinan jemaah terhadap kesihatan diri masing-masing.

Sementara itu Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail berkata masih terlalu awal untuk Tabung Haji mengumumkan sama ada berlaku kenaikan kos menunaikan haji pada masa akan datang berikutan pembesaran Masjidil Haram.

"Jika ada kesan mungkin pada kos penginapan jemaah. Jadi, kita akan kaji setakat mana bayaran yang akan dikenakan kepada jemaah dan setakat mana kita mampu menanggung subsidi itu.

"Ketika ini kos menunaikan haji untuk jemaah muassasah hanya RM9,980, sedangkan kos sebenar RM15,510. Bermakna Tabung Haji menanggung subsidi sebanyak RM5,170 untuk setiap jemaah kali pertama," katanya.

Dalam pada itu, seorang jemaah haji Muhamad Azim Ayub yang ditemui merasa bertuah kerana dapat menunaikan haji pada usia lapan tahun bersama ibu bapanya.

"Cabaran yang agak sukar apabila nak melontar kerana terpaksa berjalan jauh. Mujurlah dengan bantuan ibu bapa dan jemaah lain, saya dapat melaksanakannya," katanya yang juga murid Sekolah Kebangsaan Taman  Melawati 1. - Bernama

Tiada ulasan: