16 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
(gambar) meletak jawatan atau digantung tugas dan harus ada siasatan terbuka ke atasnya.
Ini
berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan
yang mendakwa Hishamudin campur tangan dalam tugas polis.
Dalam
satu sidang media di Kuala Lumpur, Musa menyatakan dengan jelas
tuduhan bahawa menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur
tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau
berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.
Musa
yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri
tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli
politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya
mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.
Tindakan
Hishamuddin itu menurut Musa bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis
(1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi
arahan kepada pegawai bawahan.
Sehubungan itu, SAMM memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Musa Hassan.
"Ini
satu yang serius, rakyat dan warga asing yang mahu berurusan dalam
negara ini sudah tentu tergugat kepercayaannya terhadap institusi polis
negara ini. Sesuatu harus dilakukan segera," kata Norazizi A.Aziz,
Pengarah Seketeriat SAMM Kebangsaan.
Ekoran itu, SAMM dan sekutu
akan melakukan himpunan ringkas, sidang media serta akan menfailkan
satu laporan polis berkenaan perkara ini.
Ia akan diadakan hari ini di IPD Kuala Terengganu, Terengganu pada jam 11.50 pagi.
Laporan polis dan himpunan ini akan diketuai oleh cheGuBard, Penyelaras SAMM Kebangsaan sendiri.
harakah/-
'Tolong selamatkan saya'
Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my
ANGGOTA polis memeriksa mayat Sukini yang mati terjatuh dari tingkat sembilan sebuah kondominium di Petaling Jaya semalam.
|
PETALING JAYA – Seorang pekerja kedai dobi terkilan kerana tidak
sempat menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa
didera secara mental oleh majikannya apabila wanita tersebut ditemui
mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah apartmen semalam.
Peristiwa menyayat hati yang berlaku pada pukul 11 pagi di sebuah
kondominium di Kota Damansara di sini itu menyebabkan Sukini, 30-an,
maut apabila cubaannya untuk melarikan diri dengan memanjat balkoni
rumah majikannya yang berketurunan Cina gagal sebelum dia terjatuh.
Difahamkan, ketika hendak memanjat, wanita dari Kalumpang, Sulawesi
itu telah tergelincir dan sempat berpaut beberapa minit pada tembok
balkoni itu sebelum terjatuh.
Turut ditemui di sisi mangsa ialah satu bungkusan kain batik mengandungi beberapa helai baju, seluar dan sabun.
Pekerja dobi berkenaan yang ingin dikenali sebagai Yanti, 40,
berkata, dia begitu kesal dengan kematian Sukini kerana dia memang
bercadang untuk menyelamatkan wanita itu sebaik mendapat nota terakhir
mangsa yang ditulis di atas tisu pada pukul 9 pagi kelmarin.
Nota itu berbunyi: “Kakak, tolong selamatkan saya. Kalau kakak tak boleh tolong saya nekad lari ikut balkoni.”
Mangsa baru bekerja sejak dua minggu lalu dengan majikannya itu.
|
ANAK panah menunjukkan arah Sukini terjatuh.
|
“Sejak dua minggu lalu, saya mendapat tiga nota ditulis di atas tisu
yang dicampak mangsa setiap kali dia lalu di depan kedai bersama
majikannya untuk membeli nasi lemak pada waktu pagi.
“Ia berkisar mengenai kesulitan dan kesengsaraannya sejak bekerja dua
minggu lalu. Mangsa turut mengadu dia tidak dibenarkan berhubung dengan
sesiapa termasuklah keluarganya yang berada di Kalumpang, Sulawesi,”
dakwanya ketika ditemui.
Ceritanya, nota keempat diterimanya pagi kelmarin. Nota itu
memintanya supaya menyelamatkan amah tersebut atau dia akan nekad lari
melalui balkoni kerana tidak tahan apabila sering dimaki hamun oleh
majikannya.
“Sejurus membaca nota itu, saya telah melaporkannya kepada seorang
pengawal keselamatan. Bagaimanapun, belum sempat dia diselamatkan, kami
mendapat berita dia telah mati akibat terjatuh,” dakwanya lagi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi
Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan
mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.
Penasihat Menteri Penerangan, Sosial dan Budaya bagi Kedutaan
Indonesia di Malaysia, Suryana Sastradiredja pula ketika dihubungi
berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan seorang pembantu rumah dari Jakarta,
Indonesia yang dikenali sebagai Suryani, 24, cedera teruk akibat dipukul
dengan batang mop oleh anak majikannya yang berketurunan Cina di Taman
Patani Indah, Sungai Petani, Kedah.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2DflPMh5Q
Hakcipta terpelihara
Tiga beranak ditemui rentung berpelukan
BELURAN, Sabah - Seorang ibu bersama dua anak perempuannya rentung
dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai peralatan dan perkakasan di
bandar ini kelmarin.
Mayat Siti Jainah Ajak, 39, bersama dua anak perempuannya, Siti
Aznizah Hussin, 9, dan Siti Azikah, tiga tahun, ditemui dalam keadaan
berpelukan di bilik mandi tingkat atas kedai itu, tempat mereka tinggal,
kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jemishin Ujin.
Mereka terperangkap di rumah kedai itu yang dipasang dengan jeriji
besi dan api yang bermula dari tingkat bawah merebak dengan cepat dalam
kejadian kira-kira pukul 9 malam itu.
Suami mangsa yang juga pemilik kedai itu, Hussin Ismail bersama
seorang lagi anak mangsa, Mohd. Aznizam, 11, tidak berada di rumah
semasa kebakaran.
Jemishin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai
kejadian itu pada pukul 9.01 malam dan menghantar sebuah jentera bomba
bersama empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan.
Katanya, mereka tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.59 malam tetapi api sudah merebak di tingkat bawah dan atas kedai tersebut.
Menurutnya, dua kenderaan pelbagai guna bersama enam lagi anggota
dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan turut dihantar ke tempat
kejadian.
Beliau berkata, api dipadamkan sepenuhnya pada pukul 12.58 pagi dan
pemeriksaan di tingkat atas kedai tersebut menemui tiga mayat yang
rentung terbakar di bilik mandi.
Jemishin berkata, mayat ibu bersama dua anak perempuannya itu kemudian dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat.
Katanya, dua lagi premis terletak bersebelahan membabitkan sebuah
restoran dan Pejabat Parlimen Beluran hanya mengalami sedikit kerosakan.
Menurutnya punca kebakaran dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu
masih dalam siasatan. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2DfnReIq9

PETALING
JAYA – Seorang pekerja kedai dobi terkilan kerana tidak sempat
menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa didera
secara mental oleh majikannya apabila wanita tersebut ditemui mati
selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah apartmen semalam.
Peristiwa menyayat hati yang berlaku pada pukul 11 pagi di sebuah
kondominium di Kota Damansara di sini itu menyebabkan Sukini, 30-an,
maut apabila cubaannya untuk melarikan diri dengan memanjat balkoni
rumah majikannya yang berketurunan Cina gagal sebelum dia terjatuh.
Difahamkan, ketika hendak memanjat, wanita dari Kalumpang, Sulawesi
itu telah tergelincir dan sempat berpaut beberapa minit pada tembok
balkoni itu sebelum terjatuh.
Turut ditemui di sisi mangsa ialah satu bungkusan kain batik mengandungi beberapa helai baju, seluar dan sabun.
Pekerja dobi berkenaan yang ingin dikenali sebagai Yanti, 40,
berkata, dia begitu kesal dengan kematian Sukini kerana dia memang
bercadang untuk menyelamatkan wanita itu sebaik mendapat nota terakhir
mangsa yang ditulis di atas tisu pada pukul 9 pagi kelmarin.
Nota itu berbunyi: “Kakak, tolong selamatkan saya. Kalau kakak tak boleh tolong saya nekad lari ikut balkoni.”
Mangsa baru bekerja sejak dua minggu lalu dengan majikannya itu.
|
ANAK panah menunjukkan arah Sukini terjatuh.
|
“Sejak dua minggu lalu, saya mendapat tiga nota ditulis di atas tisu
yang dicampak mangsa setiap kali dia lalu di depan kedai bersama
majikannya untuk membeli nasi lemak pada waktu pagi.
“Ia berkisar mengenai kesulitan dan kesengsaraannya sejak bekerja dua
minggu lalu. Mangsa turut mengadu dia tidak dibenarkan berhubung dengan
sesiapa termasuklah keluarganya yang berada di Kalumpang, Sulawesi,”
dakwanya ketika ditemui.
Ceritanya, nota keempat diterimanya pagi kelmarin. Nota itu
memintanya supaya menyelamatkan amah tersebut atau dia akan nekad lari
melalui balkoni kerana tidak tahan apabila sering dimaki hamun oleh
majikannya.
“Sejurus membaca nota itu, saya telah melaporkannya kepada seorang
pengawal keselamatan. Bagaimanapun, belum sempat dia diselamatkan, kami
mendapat berita dia telah mati akibat terjatuh,” dakwanya lagi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi
Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan
mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.
Penasihat Menteri Penerangan, Sosial dan Budaya bagi Kedutaan
Indonesia di Malaysia, Suryana Sastradiredja pula ketika dihubungi
berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan seorang pembantu rumah dari Jakarta,
Indonesia yang dikenali sebagai Suryani, 24, cedera teruk akibat dipukul
dengan batang mop oleh anak majikannya yang berketurunan Cina di Taman
Patani Indah, Sungai Petani, Kedah.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2DflViUe6
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan