30 November 2012

Harimau 170kg jadi sahabat

16 Muharram 1433H. [MOD] -


ANTARA aksi manja Mulan dengan Abdullah.
ANTARA aksi manja Mulan dengan Abdullah. 
 
MALANG: Persahabatan dijalin sejak kira-kira empat tahun lalu membolehkan seekor harimau Benggala menjadi sahabat kepada manusia.

Haiwan liar yang dinamakan sebagai Mulan itu kini menjadi kawan akrab kepada Abdullah Sholeh.

Mulan - kini berusia empat tahun dan seberat lebih 171 kilogram - mula dijaga Abdullah sejak haiwan berkenaan berusia tiga bulan. Sejak dipelihara, hubungan Mulan dengan Abdullah semakin rapat dan kini haiwan yang lazimnya ganas dan berbahaya kepada manusia itu boleh bergurau dengan penjaganya.

Bagaimanapun, Abdullah bukanlah pemilik Mulan, sebaliknya dia cuma dibayar sebagai penjaga oleh majikannya, Noer Mohammaed Sholeh.

Mereka kini tinggal di sebuah kawasan di Malang, Indonesia.

Dikenali sebagai “pengasuh harimau” Abdullah dilaporkan sering menolak untuk tidur di katil sendiri, sebaliknya dia lebih selesa tidur bersama Mulan di kandang haiwan berkenaan. Ditanya perasaannya terhadap Mulan, Abdullah, 31, berkata dia tidak pernah takut atau bimbang terhadap harimau bertina berkenaan.

“Saya menganggap Mulan sama seperti rakan lain.

“Apabila dia menggigit atau mencakar, itu petanda Mulan seekor harimau yang normal,” katanya. - TS

1 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Bersahabat dengan harimau dah tentu ikhlas sebab Abdullah terlebih maklum akan akibatnya berbanding dengan menjalinkan persahabatan dengan Obama sepertimana najib dok bermegah, senyum sampai ketelinga berjabat salam dengan Obama.

Obama lebih sanjung Israel pada Malaysia yang ciput ni. Tok sahlah dok terhegeh-hegeh menagih budi. Lebih baik salam dengan Anwar, berundur sebelum terkubur.