6 Muharram 1433H. [MOD] -
|
KUALA LUMPUR - Sindiket pengedaran dadah semakin kreatif dan
terbaharu polis dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah kokain yang dilarutkan dalam
tin berisi santan kelapa dipercayai didalangi warga Nigeria.
Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JKDM yang memeriksa sebuah kapal
kontena yang tiba di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor pada pukul 2 pagi
Isnin minggu lalu.
Pemeriksaan ke atas kapal kontena yang belayar dari Guyana, Amerika
Syarikat itu dilakukan hasil maklumat risikan pihak Pentadbiran Penguat
Kuasa Dadah Amerika Syarikat.
Dalam serbuan tersebut, kapal itu didapati membawa muatan 980 karton
tin mengandungi santan kelapa dan tin berisi ketulan nanas yang
diproses.
Pengarah JSJN, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, ujian ke atas 16
karton berisi 384 tin santan kelapa dikesan dicampur dengan larutan
dadah jenis kokain tetapi baki tin santan kelapa dan nanas tidak
mengandungi larutan dadah tersebut.
"Kita menganggarkan larutan dadah yang ditemui daripada 16 karton tin
berisi santan kelapa itu mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 76
kilogram dadah kokain yang nilai pasarannya hampir RM22 juta apabila
diproses," kata beliau pada sidang akhbar di sini.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan