BANDAR TUN RAZAK - Seramai 115 peneroka di Felda Wilayah Jengka tidak
layak menerima durian runtuh kerana mereka bukan lagi pemegang hak milik
asal tanah Felda.
Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din berkata, peneroka itu telah menggadaikan tanah mereka kepada pihak lain, justeru pemegang tanah kini, mahupun pemilik asal, kedua-duanya tidak layak menerima durian runtuh.
“Perkara ini juga melibatkan anak peneroka terbabit. Mereka juga tidak layak untuk menerima durian runtuh ini dan tidak berhak menuntut habuan ini,” katanya ketika merasmikan Program Sukan Warga Felda Wilayah Jengka di Mini Stadium, di sini.
Katanya, anak peneroka ganti juga tidak layak menerima durian runtuh tersebut kerana mereka bukan lagi generasi kedua Felda.
“Peneroka ganti bukan generasi kedua kerana dia mengambil alih tanah daripada peneroka generasi pertama.
“Bagi peneroka ganti ini, mereka perlu mengagihkan habuan tersebut dengan adik-beradiknya yang merupakan generasi kedua Felda,” katanya.
Kata Saari, Felda Wilayah Jengka sudah mula membuat pembayaran cek durian runtuh fasa ketiga bermula 16 November lalu dan penyerahan tersebut dijangka selesai dalam minggu ini.
Dalam pada itu, Adun Jengka, Wan Salman Wan Ismail yang hadir merasikan program sama pula berkata, generasi kedua dinasihatkan agar tidak tergesa-gesa menunaikan cek durian runtuh yang diterima.
“Biasanya cek yang diberikan mempunyai tempoh selama tiga bulan untuk ditunaikan di bank berdekatan.
“Dengan tempoh yang diberikan, saya rasa tidak perlu penerima tergesa-gesa untuk menunaikan cek terbabit,” katanya.

SINAR/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan