20 November 2012

PAS Berdoa Demikian Kerana Tiada Tempat Lain Untuk Mengadu

6 Muharram 1433H. [MOD] -

Berdoa kepada ALLAH, kerana tiada tempat mengadu

SHAH ALAM – Pas mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin disebabkan kezaliman yang dibuat terhadap rakyat.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik berkata, Pas berbuat demikian kerana parti itu didakwa tidak ada tempat untuk mengadu menyebabkan mereka berdoa dengan ALLAH.

Menurutnya, Pas berbuat demikian kerana kezaliman yang dihadapi oleh mereka antaranya royalti minyak rakyat Kelantan, kezaliman kepada parti itu yang merupakan parti pembangkang dan fitnah serta kebebasan media.

“Doa harus bagi yang dizalimi. Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab (dinding) dengan ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Maszlee berkata, Pas seharusnya menggunakan perkataan yang baik dan berhikmah ketika berdoa.

“Cadangan saya untuk mengelakkan supaya didoakan keburukan, setiap pihak perlu diberikan peluang dan ruang demokrasi, kembalikan hak rakyat dan pihak terlibat,” katanya. -SH

Ulasan GB

Ketara sangat UMNO BN kini terlalu takut dan kecut dengan doa PAS berkenaan.

Jika yakin tidak melakukan kesalahan dan kezaliman sepatutnya UMNO BN tidak perlu rasa takut dan kecut kerana orang-orang PAS berdoa demikian, seperti kata Dr. Maszlee di atas, adalah kerana kezaliman yang dihadapi oleh mereka antaranya royalti minyak rakyat Kelantan, kezaliman kepada parti itu yang merupakan parti pembangkang dan fitnah serta kebebasan media.

Jika UMNO BN tidak zalim, doa orang-orang PAS itu tidak terangkat ke langit. TETAPI jika benar UMNO BN itu zalim maka barulah doa itu dimakbulkan Allah swt seperti hadith menyebut:

Daripada Abdullah bin Abbas ra baginda berkata bahawa Rasulullah saw telah mengutus Muadz bin Jabal ke Yaman dan baginda bersabda: " Takutlah akan doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya ia (doa tersebut) tidak ada hijab (pendinding) antaranya dengan Allah swt." 



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg org yg dizalimi tiada hijabnya terus kpd Allah tp kita tak dianjurkan utk mendoakan keburukan lebih 2 lagi trhadap sesama Islam dan amat menyedihkan bila menyatakan UMNO murtad....hnya Allah yg menentukan hambaNya yg mana murtad....

Tanpa Nama berkata...

Salam...walaubagimanapun doa keburukan mmg x seberapa wajar khususnya sesama Islam. Kezaliman ni ada tahap dan peringkatnya.

Abu Hasan Chan berkata...

Pada malam ini 20/11/2012 TV3 menyiarkan kenyataan Chua Soi Lek bahawa semua ugama tidak mengajar berdoa untuk musnahkan orang lain. Chua Soi Lek inilah yang kata judi tidak haram dan undang-undang Islam (hudud) tidak sesuai dengan zaman.

Mari kita bandingkan dengan sebuah hadith Nabi yang saya muatkan dalam bahasa Inggeris:

"Beware also of the prayer of the oppressed, for there is no veil between such a prayer and Allah."

- Reported by Bukhari, Hadeeth.

Maksudnya dalam Bahasa Melayu :

Nabi memperingatkan ...." Hendaklah kamu takut kepada doa orang yang dizalimi kerana tiada hijab (sekatan) antara doa itu dan Allah. " (Hadith Riwayat Bukhari).

Dalam satu hadith lain ditulis dalam bahasa Arabnya :

دعوة المظلوم مستجابة و لو كافرا

Bermaksud = Doa orang yang dzalimi adalah mustajab walau dari seorang kafir.

Hadith riwayat Imam Ahmad termuat dalam kitab Hasyiah al-Imam al-Baijuri alaa Jauharatut Tauhid , cetakan Dar as-Salaam , al-Qahirah , Mesr , pada mukasurat 254.

Pada pandangan saya ...apa yang UMNO takut tentang doa ini jika mereka bukan zalim , dan apa Chua Soi Lek takut jika dia tidak zalim ?

Kenapa TV3 menjemput Chua Soi Lek membuat kenyataan dalam TV3 ? Ini kerana dulu UMNO bersetuju dengan dia bahawa syariat Islam (mengharamkan judi) tidak sesuai dipraktikkan di Malaysia , juga UMNO setuju bahawa sistem jahiliah tak patut dimusnahkan....kerana doa menghapuskan jahiliah dan kemungkaran tidak sesuai dibaca.