IPOH – Sebuah kedai menjual cakera padat digital (DVD) di Jalan Kampar,
di sini mengejutkan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila
didapati hanya menjual filem khusus untuk golongan homoseksual atau gay.
Premis yang beroperasi sejak beberapa bulan lalu menjadi tumpuan
golongan itu untuk mendapatkan bekalan filem lucah dengan harga RM20
sekeping.
Kegiatan tidak bermoral itu berjaya dibongkar dalam satu serbuan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan yang membabitkan empat premis di bandar raya ini, kelmarin.
Dalam operasi yang bermula jam 5 petang itu, lebih 12,000 keping DVD yang tidak mempunyai sijil perakuan B di bawah Akta Penapisan Filem 2002 yang bernilai RM96,000 dirampas.
Setiausahanya, Razak Drahman berkata, hanya sebuah kedai didapati menjual lebih 100 keping DVD lucah untuk golongan gay dan permintaan terhadap filem berkenaan juga didapati meningkat.
“Penjaga kedai berkenaan hanya menyediakan katalog untuk dipilih oleh pelanggan sebelum dibeli. Bagaimanapun, risikan dari semasa ke semasa berjaya mematahkan gejala tidak bermoral ini,” katanya selepas mengetuai operasi tersebut bersama Ketua Cawangan Negeri, Zaki Mohamed.

Seramai 24 anggota penguat kuasa dari Putrajaya dan negeri terlibat dalam operasi yang berakhir dua jam kemudian.
Menurutnya, seorang remaja berusia 17 tahun yang merupakan penjaga salah sebuah premis yang diserbu ditahan bagi membantu siasatan.
“Semua premis itu pernah diserbu beberapa kali dan mereka masih berdegil walaupun pernah dikenakan tindakan undang-undang.

“Aktiviti ini perlu mendapat kerjasama dari semua pihak terutama orang
awam yang disarankan untuk membeli DVD ‘original’. Kita arahkan setiap
negeri melaksanakan operasi lebih kerap,” katanya.
Razak berkata, keempat-empat premis berkenaan melakukan kesalahan di
bawah Seksyen 18 Akta Penapisan Filem 2002 dan jika sabit kesalahan,
mereka boleh didenda maksimum RM30,000 atau penjara.
SINAR/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan