11 Disember 2012

Projek didakwa tak selamat

27 Muharram 1433H. [MOD] -



SIMPANG RENGGAM - Pihak kontraktor yang terlibat secara langsung dalam projek melebarkan jalan di hadapan Penjara Simpang Renggam dan Pasukan Gerakan Am (PGA) digesa supaya menyegerakan kerja-kerja pembinaannya.


Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat yang mewakili  Pakatan Rakat (PR) bahagian Simpang Renggam membuat gesaan itu dan mendakwa kerja kontraktor itu tidak sempurna dan boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Katanya, penduduk kawasan ini berkali-kali mengutarakan rasa tidak senang dengan projek itu.

“Pas menerima beberapa aduan termasuk dari kakitangan dalam PGA serta penjara supaya mengetengahkan masalah ini.

“Projek  yang dilaksanakan sejak lima bulan lalu masih belum siap dan didapati kerja-kerja pembinaan tertangguh.

"Biarpun keadaan ini belum meragut sebarang nyawa namun kerap berlaku kemalangan kecil seperti motosikal terjatuh dan kenderaan tersasar ke tepi.

“Kita boleh lihat pada ketinggian tepi jalan yang hampir dua kaki dari paras permukaan jalan, jika tersasar ke bawah agak bahaya,” katanya ketika mengadakan bantahan yang diadakan, di hadapan jalan Simpang Renggam-Renggam, di sini,
semalam.

Suhaizan turut mempersoalkan kelewatan menyiapkan projek yang hanya membabitkan pelebaran bagi 1.5 kilometer laluan.

Menurutnya sikap berlengah itu menunjukkan kontraktor gagal melaksanakan projek dan membazirkan wang rakyat.

Sementara itu Timbalan Pengerusi DAP bahagian Simpang Renggam, Soo Poh Tian menyifatkan keadaan itu  bukti  kelemahan pihak pengurusan terbabit tiada perancangan yang baik.

"Jika mengambil masa yang lebih panjang dan juga menggunakan wang yang lebih, itu merupakan satu pembaziran dan sepatutnya kita perlu cegah.

"Saya bagi pihak PR menyeru pihak yang berkenaan mengambil berat  isu ini dengan segera,” katanya.
 
selTn online/-

Tiada ulasan: