11 Disember 2012

Rumah dijilat api ketika leka menonton bola

27 Muharram 1433H. [MOD] -

LEDANG - Keseronokan seorang lelaki menyaksikan perlawanan bola sepak separuh akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Thailand bertukar duka apabila rumahnya di Kampung Serom 3, Sungai Mati dekat sini musnah dalam kebakaran malam kelmarin.


Kebakaran kira-kira pukul 9.30 malam itu disedari Mohamad Yusof Md. Said, 62, apabila dia terdengar bunyi seperti cawan pecah dari bahagian dapur rumahnya.

Dia pada ketika itu sedang menonton televisyen di bahagian depan rumah.

Menurutnya, dia yang berasa tidak sedap hati kemudian pergi ke bahagian dapur bagi melihat apa yang berlaku.

"Apabila tiba di bahagian tengah rumah, tiba-tiba lampu terpadam dan saya nampak api sedang marak dari arah bilik belakang berdekatan dapur. Saya terkejut dan dengan pantas berlari ke bilik hadapan untuk mengejutkan isteri dan ibu yang sedang tidur.

"Selepas ahli keluarga selamat keluar, saya memasuki semula rumah untuk menyelamatkan barangan berharga tetapi gagal kerana bumbung sudah mula runtuh pada ketika itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
 
kosmo/-

Tiada ulasan: