27 Muharram 1433H. [MOD] -
MARAN - Enam remaja Orang Asli bukan Islam antara 10 peserta yang
dikhatankan beramai-ramai termasuk seorang saudara baru berusia 24 tahun
di Kampung Orang Asli Batu 55, di sini.
Seorang daripada remaja berkenaan, Yusmanizam Yusairi, 16, berkata,
walaupun tidak menganut agama Islam, dia mahu berkhatan atas faktor
kesihatan.
Menurutnya, banyak kebaikan berkhatan yang diketahui melalui pembacaan dan daripada mereka yang lebih dewasa.
“Saya tidak takut atau malu kerana berkhatan ini baik untuk kesihatan malah digalakkan untuk bukan Islam.
“Keluarga saya sendiri tidak menghalang dan berkhatan beramai-ramai
sebegini lebih meriah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Majlis disempurnakan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.
Hadir sama, Pegawai Agama Islam Daerah Maran, Syarifuddin Mohamed Sa’ad.
Saudara baru, Azman Raju, 24, berkata, dia berkhatan bagi memenuhi
tuntutan agama selepas memeluk Islam tahun lalu atas faktor perkahwinan.
Menurutnya, isterinya yang juga Orang Asli dari Kampung Bot Bot, dekat
Chenor, sudah pun memeluk Islam sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
“Mulanya memang segan mahu berkhatan kerana usia saya ini tetapi demi
Islam, saya bersyukur selain dapat menjaga kesihatan,” katanya.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan