27 Muharram 1433H. [MOD] -
AYER KEROH - Pakatan Rakyat (PR) Melaka terkejut apabila sebanyak RM3.9
juta dibelanjakan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan pembinaan sebuah
restoran dan menaik taraf landskap yang terletak di jalan susur keluar
dari Tasik Air Keroh berhadapan Hotel World Youth di sini.
Menurut Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong (DAP), kos berkenaan dianggap tidak munasabah dan sekali lagi mengesyaki wujudnya unsur rasuah di dalam pelaksanaan projek berkenaan.
“Sungguhpun Perdana Menteri di bawah Barisan Nasional (BN) kata mereka mahu hapuskan rasuah, melakukan transformasi, utamakan rakyat tetapi masih lagi melakukan perkara sama.
“Saya melihat masih banyak unsur penyelewengan, buktinya melalui projek ini,” katanya di sini semalam.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Sapiah Haron ketika diminta mengulas mengenai dakwaan itu menyangkal kenyataan yang dibuat Poay Tiong.

Menurut Sapiah, Adun berkenaan sekali lagi telah tersilap faham mengenai projek yang dijalankan.
Katanya, projek berkenaan sebenarnya adalah di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).
“Selain projek pembinaan gerai dan air pancut seperti didakwa, kos berkenaan turut meliputi pembinaan laluan pejalan kaki dan menaik taraf beberapa kemudahan landskap dari hadapan hotel berkenaan sehingga ke Dataran Bersejarah Ayer Keroh.
“Selain itu ia turut meliputi kos mengecat semula dan menukar lampu di Dataran Sejarah serta membaiki air pancut yang terdapat di kawasan berkenaan,” katanya.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan