11 Disember 2012

Terkepung 4 Punjuru - Najib Bakal Jatuh Dengan Sendirinya

27 Muharram 1433H. [MOD] -

Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor didesak menjawab pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishen mengenai penglibatan mereka dalam satu projek rasuah kementerian.

Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, Perdana Menteri dan isteri tidak lagi boleh mengelak kerana kenyataan rakan karib Rosmah itu di mahkamah dan temubualnya bersama media menyatakan secara terang mengenai perkara tersebut.

“Kita desak agar Najib menafikan atau memberi penjelasan berhubung isu itu. Kenyataan Deepak membuktikan kaitan Najib dalam isu ini. Justeru beliau tidak boleh berdiam diri lagi,” tegas Sivarasa ketika dihubungi.

Deepak sebelum ini mendedahkan keterlibatan Najib dalam satu projek rasuah kementerian semasa menjawat Menteri Pertahanan.

Menurut Deepak, beliau membayar keluarga Najib sejumlah wang yang tidak didedahkan untuk campurtangan Perdana Menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.

Menurut Sivarasa, Deepak memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Abdullah untuk menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.

Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Bukit Raja, Klang.

“Roopiah tidak boleh jual tanah itu tapi diberi kelulusan oleh Najib, dengan syarat beri rasuah, iaitu sejumlah wang besar kepada ahli keluarga Najib. Dan pihak kami percaya wang tersebut diberikan kepada Rosmah,” jelas Sivarasa yang merupakan peguam Deepak dalam saman difailkan syarikat usahawan tersebut, Astana Canggih Sdn Bhd ke atas Awan Megah Sdn Bhd.

Seorang lagi peguam adalah, N Surendran.

Dalam pendengaran minggu lalu, Deepak memberi keterangan bahawa Najib memberi persetujuan ke atas pemindahan milik tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada Awan Megah kepada sebuah syarikat penama milik Deepak.

Bagaimanapun, Deepak tidak mendedahkan nama ahli keluarga Najib yang meraih komisen itu, tetapi spekulasi ada menyebut bahawa orang tersebut merupakan Rosmah, kerana beliau sering melibatkan diri dalam urusan perniagaan Najib. -SK


Tiada ulasan: