11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Pemimpin
utama Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berkata pihak Perkasa akan
bertindak membakar Bible versi Melayu yang mengandungi kalimah Allah
dari terjemahan perkataan God.
Yang terbaru beliau mengatakan tindakannya ingin membakar Bible itu bukanlah bertujuan menyakiti hati orang orang Kristian. Sebaliknya ujarnya tindakan membakar bible tersebut adalah jalan terbaik untuk mengajar mereka yang melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Kesian Pak Berahim. Meskipun berada dalam Perkasa hujahnya bukan sahaja tidak perkasa malahan terlalu rapuh. Hujahnya menyimpang dan tersasar jauh sama ada dari perspektif Islam apatah mahupun perspektif undang-undang atau Perlembagaan.
Dari Segi Perlembagaan
Kita lihat dulu sudut Perlembagaan. Di mana salahnya orang Kristian menggunakan nama Allah di dalam Bible mereka dalam apa versi sekalipun. Jika ia adalah salah, sudah tentu kes akhbar Herald dahulu tidak memihak pengganut Kristian.
Bukankah keputusan Hakim Lau Bee Lan memihak Herald di mana Mahkamah memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri bagi akhbar Herald menggunakan nama Allah adalah bercanggah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Alasan Hakim adalah Artikel 11 (1) melindungi pengganut agama Kristian mengamalkan agama mereka dan termasuk dalam hak tersebut adalah kebebasan mereka menggunakan kalimah Allah di dalam Bible.
Selagi mana Bible digunakan oleh pengganut Kristian di kalangan mereka, Perlembagaan menjamin hak pengganut Kristian tersebut meskipun nama Allah ada di dalam bible berbahasa Melayu.
Bahasa Melayu adalah lingua franca bagi pengganut Kristian di Sabah dan Sarawak sepertimana, yang dibuktikan di dalam kes Herald.
Ibrahim dan mereka yang sewaktu dengannya mungkin bertanya bagaimana jika Bible Melayu yang menggunakan nama Allah itu disebar kepada orang Melayu. Tidakkah ini bercanggah dengan Artikel 11 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan?
Jawapan kepada pertanyaan itu adalah jika Bible disebar kepada orang Melayu yang beragama Islam meskipun tiada kalimah Allah di dalamnya, ia adalah dilarang di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Jadi isunya bukan isu nama Allah di dalam Bible tetapi isu penyebaran Bible. Maknanya penyebaran Bible, sama ada ada nama Allah atau tidak adalah satu kesalahan.
Bagaimanapun jika Bible yang menggunakan kalimah Allah hanya digunakan sesama pengganut Kristian, Perlembagaan membenarkan perkara tersebut.
Oleh itu hujah Ibrahim Ali nak membakar Bible kerana nak jaga Perlembagaan adalah mengarut. Bagaimana nak jaga Perlembagaan jika apa yang Perlembagaan benarkan Ibrahim Ali nak bakar!!!
Dari Segi Islam
Dari segi Islam tindakan Ibrahim dan Perkasa ingin membakar Bible adalah perbuatan yang paling mengarut. Islam dan umat Islam berlepas diri dari tindakan bodoh itu.
Kita ingin beritahu bakar Bible bukan cara atau kaedah yang betul untuk membela Islam. Membakar Bible bukan ajaran Islam dan juga bukan ajaran Al-Quran. Itu ajaran Ibrahim Ali dari mazhab Perkasa acuan Umno.
Al Quran mengajar cara terbaik untuk berurusan dengan golongan ahli Kitab, Kristian dan Yahudi. Di dalam surah Al 'ankabut 29 : 46 Allah memberi panduan bagaimana untuk kita mengurus perbezaan dengan golongan Kristian.
Allah menyatakan "Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang paling baik..kecuali dengan orang-orang yang zalim di antara mereka.."
Wahai Ibrahim dan Perkasa, ini dia kaedah Islam - kaedah jidal ahsan (berdebat\ dialog dengan cara yang paling baik).
Lihatlah tafsir Imam Tabari di dalam tafsirnya tentang kalimah "kecuali dengan cara terbaik". Imam Tabari berkata ia bermaksud "al jamil bil qaul" iaitu berdebat dengan kata-kata yang manis dan indah.
Imam Al Zamakhsyari pula menafsirkan ayat tersebut antaranya iaitu menukar dari marah kepada menahan marah.
Ini metode Quran iaitu kaedah debat dan hiwar atau dialog dengan cara paling baik. Bakar bible tidak masuk dalam mana mana kategori. Bakar Bible adalah idea busuk.
* Penulis adalah seorang peguam.

1 ulasan:
Membakar Bible..?..hanya merusak citra ummat Islam...berikan arahan kepada beliau agar tidak berbuat keliru.
Catat Ulasan