11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
PETALING JAYA:
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau terlibat
dengan projek IC di Sabah, dan bersedia untuk memberikan keterangan
kepada inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai pendatang
asing di Sabah jika beliau dipanggil.
(Anwar membuat sidang media bersama Leftenan Jen. (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid)
Menurut Ketua Umum PKR itu, sepanjang beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak terlibat secara langsung dalam hal tersebut.
Beliau menamakan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Aziz Shamsuddin, dan bekas timbalan menteri dalam negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, sebagai peneraju utama projek tersebut.
“Saya sedia memberi keterangan jika dipanggil, saya yakin bahawa tidak ada apa-apa dengan saya,” kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
“Saya yakin saya tidak mempunyai kaitan langsung,” kata Anwar.
Menurut ahli parlimen Permatang Pauh itu, projek IC tidak melalui Kabinet kerana ia adalah satu ‘task force’ dibawah Dr Mahathir selaku perdana menteri pada ketika itu.
“Bahkan semasa saya memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan itu, saya tidak menerima sebarang laporan apa-apa mengenai projek IC ini,” kata Anwar dalam sidang media itu.
Sebelum itu, Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Johny Mositun pada 21 Januari lepas meminta bekas Timbalan Perdana Menteri itu tampil memberi keterangan di hadapan RCI mengenai pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah.
Menurut Johny lagi, Anwar yang pada waktu itu masih lagi memegang jawatan sebagai TPM dan pasti mengetahui aktiviti pemberian kad pengenalan serta turut menyatakan rakyat sedang menanti penjelasan dari Anwar.
Anwar cuba dikaitkan
Timbalan presiden PKR Azmin Ali sebelum ini mendakwa parti itu menerima maklumat bahawa terdapat cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu pendatang tanpa izin Sabah dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, PKR sudah menjangka bahawa perkara itu akan ditimbulkan kerana ia didakwa satu jalan mudah bagi Umno dan BN untuk mengatasi isu berkenaan.
"Kita sedang meneliti perkembangan ini, saya dapat maklumat-maklumat akhirnya akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim... Semua masalah dalam negara akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azmin.
Azmin mengulas kenyataan saksi di RCI tersebut yang mengaitkan dua bekas orang kanan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk menjadi pengundi di Sabah.
Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan bahawa dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.
harakah/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan