23 Januari 2013

Penempatan baru: Israel makin hilang sokongan isu

11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


LONDON: Britain berkata penempatan Israel yang berterusan dan semakin berkembang ke wilayah Palestin membuatkan penyelesaian dua negara semakin mustahil.

(Penempatan Israel yang kian meningkat telah menghentikan rundingan damai sejak 2010)

Britain berkata penempatan Israel yang berterusan dan semakin berkembang ke wilayah Palestin membuatkan penyelesaian dua negara semakin mustahil.

Setiausaha Luar British William Hague, memberi amaran kepada Israel yang mengadakan pilihan raya Selasa lalu, bahawa tindakan mereka telah menyebabkan mereka kehilangan sokongan antarabangsa.

"Saya berharap bahawa apa sahaja keputusan kerajaan Israel ... mereka perlu mengambil kira bahawa kita sedang menghampiri peluang terakhir untuk memperoleh apa-apa penyelesaian," Hague memberitahu Parlimen.

"Saya mengutuk keputusan Israel baru-baru ini untuk memperluaskan penempatan.

"Saya kerap berbincang dengan pemimpin-pemimpin Israel menekankan kebimbangan mendalam kami bahawa dasar penempatan Israel akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan daripada masyarakat antarabangsa dan membuatkan penyelesaian dua negara menjadi mustahil," katanya.

Ditanya sama ada Kesatuan Eropah perlu menghentikan hubungan perdagangan dengan Israel untuk sebarang perkembangan dalam rundingan damai, Hague berkata blok tersebut masih berbincang bersama-sama dengan Amerika Syarikat, untuk mewujudkan "insentif dan denda" mengenai rundingan lanjut.

harakah/-

Tiada ulasan: