WASHINGTON - Kira-kira 800,000 penduduk Amerika Syarikat (AS)
menghadiri majlis ucapan pertama Barack Obama sebagai presiden ke-44 di
pekarangan Taman Terbuka Tugu Peringatan, kelmarin.
Menurut pegawai, jumlah tersebut jauh lebih rendah berbanding ucapan perasmian pertama Obama sewaktu pelantikannya pada tahun 2009 iaitu seramai 1.8 juta orang.
Sejurus mengangkat sumpah di hadapan ratusan ribu rakyat, Obama dalam ucapannya menyatakan berazam mahu mengurangkan meningkatkan jaringan keselamatan sosial kepada rakyat termiskin.
Obama mengakui memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak susulan beberapa cabaran yang bakal dilaluinya terutama sekali mengenai dasar dalam negeri.
"Kita terpaksa membuat pilihan sukar bagi mengurangkan kos penjagaan kesihatan dan saiz defisit negara. Tetapi saya menolak kepercayaan bahawa AS hanya memilih untuk memelihara generasi yang membangunkan negara dan membuat pelaburan ke atas generasi yang bakal membangun di masa hadapan," kata Obama.
Obama yang juga Presiden AS buat kali kedua, menyuarakan AS bakal menjadi pendahulu kepada penyelesaian masalah rumah hijau. - Al-Jazeera

Tiada ulasan:
Catat Ulasan