KUALA LUMPUR:
DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak atas dakwaan mengeluarkan kenyataan hasutan yang disiar
dalam web The Star pada 24 Februari 2013.
Mengikut laporan berita yang bertajuk “Najib: Vote Barisan for a far better future”, Najib dipetik sebagai berkata bahawa, “Undi untuk PKR akan merosakkan aqidah sementara undi untuk PAS akan memecah belahkan umat Islam.” (A vote for PKR will destroy the aqidah while a vote for PAS will only result in disunity among Muslims).
Kemudian, Najib menambah, “untuk DAP pula, undi untuk mereka akan mengakibatkan penindasan Islam. (As for DAP, a vote for them will see Islam being oppressed.)
Perdana Menteri dilaporkan membuat kenyataan tersebut di Kuala Terengganu semasa pelancaran program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu.
Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi DAP Pahang YM Tengku Zulpuri Shah Raja Puri di Balai Polis Tun Hs Lee, Jalan Stadium jam 11.00 pagi tadi.
Menurut Zulpuri, kenyataan yang dibuat Dato’ Sri Najib tanpa mengemukakan sebarang bukti adalah sangat tidak bertanggungjawab dan merupakan dakwaan yang tidak berasas sama sekali.
Katanya, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali dipersoalkan oleh DAP.
Malah, katanya, kedudukan Islam telah disemadikan dalam perlembagaan parti dan juga Deklarasi Shah Alam yang dimeterai oleh Persidangan Kebangsaan DAP pada 8 Januari 2012.
Adalah jelas katanya, dakwaan Najib itu berniat jahat dan bertujuan untuk menghasut sentimen perkauman dan agama masyarakat Islam terhadap Pakatan Rakyat dan khususnya DAP.
"Saya percaya bahawa penerbitan dan penyiaran laporan palsu dan fitnah tersebut merupakan suatu kesalahan jenayah dan memohon agar pihak polis mengambil tindakan siasatan yang segera serta tindakan susulan yang sewajarnya ke atas Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan dan ancaman terhadap DAP atau pemimpin-pemimpinnya," katanya.

harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan