15 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Kuala Terengganu: “Saya mendengar arwah menarik nafas panjang ketika
di rakaat kedua sebelum dia terjatuh,” kata Azhar Nong, 48, rakan
peniaga kain, Saidi Salleh, 54, yang meninggal dunia ketika menunaikan
solat Asar di surau Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
(MBKT), di sini, semalam.
Azhar dari Kampung Pulau Musang, di sini, berkata, sebelum
kejadian, dia bersama arwah serta beberapa jemaah lain yang
kebanyakannya peniaga di hentian bas berkenaan menunaikan solat Asar di
surau pada jam 4.50 petang.
“Arwah duduk di tepi saf kedua dan sebaik memasuki rakaat kedua,
saya yang berada di saf hadapan terdengar arwah menarik nafas panjang
dan selepas itu saya tidak lagi mendengar bunyi nafas arwah,” katanya
ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, ketika mengambil wuduk, dia melihat arwah berada dalam keadaan tidak sihat dan hanya duduk di tempat wuduk.
Menurutnya, ketika mengambil wuduk, dia melihat arwah berada dalam keadaan tidak sihat dan hanya duduk di tempat wuduk.
JENAZAH Saidi ketika berada dalam surau di Kompleks Hentian Bas MBKT, semalam.
“Bimbang dengan keadaannya, saya cuba membantu sebelum masuk ke ruang sembahyang. Selesai sembahyang, saya melihat arwah tersandar pada dinding surau dalam keadaan lemah dan pucat. Ketika itu denyutan nadinya masih ada, tetapi seluruh badannya sejuk dan arwah disahkan meninggal dunia 10 minit selepas itu,” katanya.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan