15 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
BAITULMAQDIS 25 Feb. - Seorang tahanan Palestin
yang maut di sebuah penjara Israel kelmarin dipercayai didera sebelum
meninggal dunia, kata pihak berkuasa Palestin, semalam.
Israel, bagaimanapun menyifatkan keputusan bedah siasat ke atas
Arafat Jaradat, 30, adalah terlalu awal dan tidak membawa kepada
sebarang keputusan.
\
Menteri Tahanan Palestin, Issa Qaraqea berkata, Jaradat mati akibat
didera setelah pasukan patologi Palestin hadir pada bedah siasat Jaradat
yang dijalankan Israel.
''Terdapat tanda-tanda penderaan di belakang, dada, satu luka dalam
di atas bahu, luka di tulang belakang dan tanda seksaan di bawah
kulit,'' katanya yang merujuk keputusan awal doktor Palestin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan