Hulu Selangor: “Bas memang laju, saya tidak boleh tidur kerana
terlalu takut,” kata seorang penumpang bas ekspres yang terselamat
selepas bas dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 420.2 Lebuh
raya Utara Selatan (Plus) arah utara, berhampiran susur Bukit Tagar, di
sini.
Mangsa, Eliana Tan, 30, berkata, dia yang duduk di bahagian tengah menyedari bas berkenaan dipandu laju selepas pemandu kedua mengambil alih tugas terbabit daripada rakannya ketika berhenti di ibu negara.
Katanya, sebaik keluar dari pusat bandar Kuala Lumpur, bas
berkenaan dipandu laju secara ‘menggila’ menyebabkan keadaan bas
terhuyung-hayang ketika melalui beberapa selekoh tajam.
“Saya tidak dapat melelapkan mata meskipun perjalanan masih jauh dan hanya berdoa agar tidak berlaku sebarang perkara buruk namun ia benar-benar terjadi apabila kami terbabit dalam kemalangan ini,” katanya.
Menurut Eliana yang dalam perjalanan ke Taiping, Perak bersama salah seorang saudaranya untuk menghadiri upacara keagamaan, tragedi itu menakutkan dan sukar untuk dilupakan.
metro/-
Mangsa, Eliana Tan, 30, berkata, dia yang duduk di bahagian tengah menyedari bas berkenaan dipandu laju selepas pemandu kedua mengambil alih tugas terbabit daripada rakannya ketika berhenti di ibu negara.
“Saya tidak dapat melelapkan mata meskipun perjalanan masih jauh dan hanya berdoa agar tidak berlaku sebarang perkara buruk namun ia benar-benar terjadi apabila kami terbabit dalam kemalangan ini,” katanya.
KEADAAN bahagian depan bas ekspres yang hancur selepas merempuh besi pembahagi jalan.
Menurut Eliana yang dalam perjalanan ke Taiping, Perak bersama salah seorang saudaranya untuk menghadiri upacara keagamaan, tragedi itu menakutkan dan sukar untuk dilupakan.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan