Saya teruja
dengan tamsilan tok guru Datuk Nik Aziz Nik Mat tentang sumbangan BR1M kepada
rakyat oleh kerajaan seperti memberi kepada binatang. Tamsilan ini nampak keras
sehingga sesetengah pihak mendakwah orang yang menerima BR1M itu haiwan. Melihat
kepada kenyataan asal dengan yang difahami oleh pihak lawan saya dapati pihak terbabit
menggunakan pendekatan yang berbeza.
Jelas Nik
Aziz mengunakan pendekatan ilmu balaqah (sastera) dan pihak satu lagi pula
mengunakan pendekatan mantiq. Dalam hal ini orang awam yang tidak memahami
pendekatan itu mula keliru dan sesetengahnya tidak menemui jawapan yang sebenar.
Yang pastinya penyokong parti tetap tidak berganjak.
Suka yang
menjelaskan di sini kedua-dua pendekatan tersebut semoga dengan itu kita dapat
temui siapa yang lebih bijak dalam mengatur sterategi politik.
Balaqah:
Kata Nik
Aziz; “langkah kerajaan Persekutuan memberi bantuan wang termasuk Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada rakyat umpama memberi makanan kepada haiwan,
untuk menarik sokongan.”
Maksud kata-kata
tersebut, sumbangan kerajaan seperti memberi makan haiwan untuk menarik
sokongan. Pihak yang memberi sumbangan ialah kerajaan, merekalah yang sedang
memberi makan kepada haiwan. Pihak yang menerima bantuan itu diibaratkan
seperti haiwan yang sedang dipelihara oleh tuannya iaitu kerajaan. Apabila disebut
seperti atau umpama, maknanya manusia yang menerima itu bukanlah haiwan tetapi
seolah-olah haiwan yang kelaparan. Mereka dahagakan sumbangan kerajaan.
Bayangkan haiwan
yang dikurung, tak tahu nak buat kerja untuk makan seharian, tiba-tiba dapat
makanan, berserebulah mereka walaupun sekadar untuk mendapat sebutir beras. Bayangkan
berapa ramai rakyat Malaysia yang bertaraf “tak cukup makan”, yang selama ini
tidak dibela. Cuma mereka bernasib baik pada saat akhir (nak pilihanraya) mereka
dapat juga makan. Kesian rakyat Malaysia yang bertaraf haiwan ternakan.
Beruntung kalau
kita menjadi haiwan liar yang terlepas bebas mencari makan di mana-mana. Di mana sahaja ada rezeki mereka boleh ambil.
Kerajaan bagi mereka ambil kerana itu hak mereka dan kalau kerajaan tak beri
pun tidak mengapa, kerana rezeki Allah itu amat luas.
Mantiq:
Kata Nik
Aziz; “langkah kerajaan Persekutuan memberi bantuan wang termasuk Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada rakyat umpama memberi makanan kepada haiwan,
untuk menarik sokongan.”
Mereka tidak
lihat siapa yang memberi bantuan tetapi terus kepada orang yang menerima
bantuan kerajaan iaitu seperti haiwan. Maka dengan itu mana-mana orang PAS yang
menerima bantuan BR1M itu adalah haiwan. Jadi Nik Aziz seolah-olah mengatakan
orang PAS haiwan. Kesian orang PAS yang mengambil BR1M, walaupun wang itu hak
rakyat dan mereka layak mengambilnya namun dihina secara tidak langsung.
Antara dua pendekatan
itu, pendekatan balaqah lebih tajam
kerana menampakkan betapa zalimnya kerajaan membiarkan rakyat tanpa pembelaan
dan mereka kini mengharapkan bantuan kerajaan untuk terus hidup. Yalah, kita
selalu dengar ucapan mereka yang menerima: “Terima kasihlah dapat sumbangan
kerajaan, dapat juga menampung keperluan harian.”
Sebaliknya rakyat
terutama orang PAS tidak terkesan dengan pendekatan mantiq kerana mereka tidak
percaya Nik Aziz sanggup menghina mereka sebegitu. Malah mereka meletakkan diri
mereka sebagai haiwan liar yang boleh terbang bebas mengambil apa sahaja rezeki
yang ada di hadapan mata.
Selain itu,
mereka yakin orang PAS tidak mengisi borang untuk BR1M. Manakala gambar peserta yang memakai baju T “bersih” yang
dibesarkan dalam media itu bukanlah orang PAS, tetapi orang yang diupah supaya
memakai baju tersebut untuk majlis tersebut.
Namun anda lebih
layak menentukan siapa yang lebih bijak. Walau bagaimanapun sebagai umat Islam
kita harus berhati-hati dalam setiap ucapan agar tidak menyinggung mana-mana
pihak apatah lagi sewaktu pilihan raya nanti. Sebaiknya sebagai orang parti
kita harus mengambil peluang berkempen secara bersih iaitu mempromot kehebatan
dan kemampuan kita, tanpa memburukkan produk orang lain. Biar rakyat yang
menilai kemampuan kita.
fikrah islamiah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan