SOFIA - Sebuah biola yang berharga AS$1.8 juta (RM5.58 juta) dan
dicuri di London, England sebelum ini mungkin telah ditemui di Bulgaria.
Para detektif Britain kini menyiasat sama ada biola tersebut yang
berusia 300 tahun merupakan biola yang dicuri dari sebuah stesen tren di
London dua tahun lalu.
Biola itu ditinggalkan oleh seorang anggota Orkestra Filharmonik
Diraja di sebuah restoran di stesen tersebut untuk membeli sandwic pada
November 2010.
Ketika kejadian, dia meletakkan biola itu di atas lantai dan berbual dengan kekasih lelakinya.
Seorang pengembara Ireland, John Maughan telah didapati bersalah kerana menjual biola tersebut.
Maughan dihukum penjara empat tahun enam bulan oleh hakim sebuah mahkamah pada tahun 2011 kerana perbuatannya itu.
Biola itu kemudian ditemui dalam satu operasi polis di Bulgaria.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Bulgaria, biola itu mempunyai tanda
nama Antonio Stradivarius yang merupakan pencipta alat permainan muzik
itu.
Stradivarius dari Itali turut mencipta beberapa peralatan muzik lain seperti gitar dan hap. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan