23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sistem
pilihan raya negara perlu ditukar kepada sistem 'proportional' bagi
memastikan sistem pilihan raya negara berjalan secara adil dan saksama
kepada pihak yang bertanding.
"Saya akan cadangkan ini kepada kerajaan bila kita berkuasa.
"Kita akan tukar sistem ini 'proportional representation' untuk berlaku adil kepada kedua-dua parti," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di ibu negara semalam.
Menurut Mustafa, pelaksanaan sistem 'proportional' antaranya akan menggalakkan lagi pengundi untuk turun menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.
"Ini kerana mereka tahu apabila dilaksanakan 'proportional representation', maka setiap undi akan dikira," katanya.
Bahkan jika sistem tersebut dilaksanakan, peranan 30 peratus golongan wanita dalam bersama-sama menggubal dasar negara juga dapat direalisasikan.
Malaysia kini menggunakan sistem majoriti mudah.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan