23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Pada
minggu lepas, Joshua Trevino, bekas penulis ucapan presiden Amerika
Syarikat George W. Bush memfailkan rekod kepada kerajaan AS yang
mengesahkan beliau dibayar oleh kerajaan Malaysia menerusi Apco
Worldwide di dalam kempen mempromosi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak
dan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rekod tersebut mendedahkan Trevino dibayar AS$389,724.70 oleh
kerajaan Malaysia, parti pemerintah Umno-BN ataupun kepentingan yang
berkaitan. Pada Ogos tahun lepas, Trevino dipaksa meletak jawatan
sebagai kolumnis di akhbar UK, The Guardian. Ini berikutan beliau tidak
mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, di mana
beliau menulis memuji tentang ciri-ciri ‘kesederhanaan’ Najib.
Pada 2011, Najib mengakui bahawa kerajaan membayar RM94 juta kepada
FBC Media antara 2007 hingga 2010. FBC turut membayar AS$70,000 kepada
APCO Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib.
Apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan
CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan.
Ironisnya, ketika Umno-BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai
pro-Israel di dalam propaganda dalam negara, Trevino dan
konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai
anti-Israel di luar negara.
a) Berapa banyakkah wang rakyat yang dibayar kerajaan kepada
konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis
bahan-bahan anti-Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim?
b) Selain daripada APCO di AS dan FBC di UK, di manakah lagi BN melantik konsultan untuk menyerang pembangkang?
c) Siapakah yang terlibat di dalam perlantikan dan koordinasi konsultan-konsultan ini?
Apakah arahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai
bahan-bahan berkaitan Anwar Ibrahim memandangkan kebanyakan kerja yang
dibuat adalah menyerang Anwar semata-mata?
e) Adakah kerajaan sedar bahawa ramai konsultan yang dilantik
terkenal dengan pandangan ekstrem dan anti-Islam mereka, yang menghina
Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam di Amerika?
f) Adakah kerajaan sedar bahawa konsultan-konsultan yang dilantik
adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?
Najib mestilah menjawab perkara ini dengan pilihan raya yang bakal
tiba. Meskipun Najib terus membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat bagi
tujuan propaganda dan fitnah, beliau terus menolak gesaan Anwar untuk
perbahasan polisi bagi kepentingan rakyat Malaysia.
Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan