06 Mac 2013

‘Macam filem’

Foto23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Parit Buntar: “Pada mulanya saya menyangka ia pertengkaran kecil sebelum seorang lelaki mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah mangsa yang berada di dalam kereta,” kata seorang saksi dikenali Ahmad, 34.

Dalam kejadian jam 6.30 petang di pekan Tanjung Piandang itu, seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas dua lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah mereka.

Bagaimanapun, dalam serangan ala filem itu seorang lagi mangsa yang juga seorang wanita berusia 30-an di tempat duduk belakang penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian berlaku apabila kereta jenis Hyundai Elantra dinaiki mangsa dihalang sebuah kereta dinaiki suspek yang kemudian mengarahkan mangsa keluar dari kenderaannya.
ANGGOTA polis mengangkat mayat Wong.

Bagaimanapun, mangsa enggan turun menyebabkan suspek berang sebelum mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dari arah dekat.

metro/-

Tiada ulasan: