06 Mac 2013

Surau pertama akan dibina di Padang Kota

23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



(Lawatan ke tapak surau di Padang Kota)

GEORGETOWN: Surau pertama di Padang Kota Lama bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan jadi kenyataan pada bulan Julai 2013 akan datang apabila kerja- kerja pembinaan akan dimulai dalam masa terdekat.

Demikian kata, Ahli Majlis MPPP, Haji Yusof Mohd Noor.

Beliau berkata demikian selepas majlis lawatan tapak dan taklimat ringkas oleh Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Datuk Malik Kasim bersama Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Saleh Man pagi tadi.

"Apa yang disuarakan kepada MPPP dah jadi kenyataan.  Tidak lama lagi masyarakat Islam yang datang bersiar-siar di tepi pantai bersama keluarga atau ingin menghirup udara senja tidak lagi tergesa-gesa mencari surau bila sampai waktu solat," tegasnya.

Surau yang asalnya tempat letak kereta akan dibina oleh Maznoora Enterprise dibuat secara tender terbuka berkeluasan 160 meter persegi bernilai RM175,200 hasil wang caruman surau.

Ia bakal boleh menempatkan 70 jemaah sekali gus iaitu 40 jemaah lelaki dan 30 perempuan.

Pembinaan tersebut melibatkan kerja-kerja membina tandas lelaki, perempuan serta tandas Orang Kurang Upaya (OKU) yang masing-masing berkeluasan 29.28 meterpersegi.

"Ini adalah kejayaan PAS yang bersuara melalui MPPP.  Setelah 50 tahun baru sekarang ianya jadi kenyataan.

"Di waktu Umno berkuasa dulu mereka tidak berfikir untuk melaksanakanya maklumlah parti itu lebih condong pada hiburan mana ada masa lontarkan ideal ke arah martabatkan Islam," ujarnya.

HARAKAHDAILY/-

Tiada ulasan: