Petaling Jaya: Ribuan pengguna Lebuhraya Pantai Baru (NPE)
terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama dua jam apabila banjir
kilat di persimpangan ke Taman Datuk Haron, di sini, semalam.
Banjir kilat akibat longkang yang tidak diselenggara itu kerap
berlaku apabila hujan lebat melanda kawasan berkenaan sejak beberapa
bulan lalu.
Jurucakap New Pantai Expressway Sdn Bhd berkata, pihaknya menerima
laporan kejadian banjir kilat bermula jam 4.37 petang ketika hujan lebat
dan air mula surut jam 6.25 petang.
“Keadaan itu mengakibatkan ribuan pengguna NPE terperangkap dan tidak dapat meneruskan perjalanan mereka berikutan air naik hingga 0.2 meter.
PETUGAS NPE mengawal lalu lintas di laluan yang ditenggelami air, semalam.
“Bagaimanapun, trafik kembali lancar selepas hujan reda dan banjir mulai surut,” katanya ketika dihubungi semalam.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan