SAO PAULO - Balu pengasas Camargo Correa yang juga wanita terkaya di Brazil, Dirce Navarro de Camargo, dilaporkan meninggal dunia pada umur 100 tahun, kelmarin.
Dipetik AFP, agensi berita Folha de Sao Paulo melaporkan, Camargo menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada Sabtu lalu.
Menurut majalah Forbes, Camargo adalah wanita keempat paling kaya di Brazil dengan aset bersih bernilai kira-kira AS$11.5 bilion (RM35 bilion).
Camargo mengambil alih tugasan di Camargo Correa iaitu sebuah syarikat diusahakan suaminya, Sebatiao Camargo bersama tiga anak perempuan mereka, Regina, Renata dan Rosana.
Sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan