23 April 2013

'Mengapa saya pilih Pas'

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Muhd Taib / Mat Taib

Setelah melepaskan jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Ketua Penerangan Umno pada 2009, Tan Sri Muhammad Muhd Taib seolah-olah memencilkan diri daripada dunia politik tanah air.

Sejak itu beliau lebih banyak kelihatan dengan kain dan ketayap di surau, masjid dan majlis-majlis berkaitan agama.

Kemunculannya di gerai-gerai untuk menikmati sarapan pagi bersama enam atau tujuh orang rakan selepas menunaikan solat Subuh adalah pemandangan biasa di sekitar Shah Alam.

Beliau jarang kelihatan bercerita, tetapi lebih banyak mendengar perbualan sahabat-sahabatnya sambil tersenyum.

Bagaimanapun, semalam, dua hari selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13, Muhammad, yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Taib atau Mat Tyson, membuat kejutan dalam kalangan rakan parti dengan menyerahkan borang permohonannya untuk menjadi ahli Pas kepada Presiden Parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam temu ramah eksklusif dengan editor dan wartawan kanan Sinar Harian di Kompleks Media Karangkraf kira-kira lima jam selepas majlis penyerahan borang itu, bekas Menteri Besar Selangor (1986-1997) itu meluahkan segala isi hatinya tentang mengapa beliau pilih untuk menyertai Pas.

Ikutilah wawancara lebih sejam dengan beliau itu.

Boleh Tan Sri jelaskan mengapa memilih untuk membakar jambatan lama, adakah yakin jambatan baru boleh dibina dengan baik?

Muhammad: Saya tidak bakar jambatan, ini menambah baik. Umno sudah melakukan terbaik. Semua Umno buat, pembangunan fizikal, pembangunan ekonomi, pembangunan infrastruktur, semua dibuat.
Tetapi saya punya pandangan, bila kita tengok, periksa sekolah, keputusan di bawah tidak seperti yang kita harapkan.

Bila tidak seperti diharapkan, apa maknanya, bagaimana caranya? Adakah yang ada ini boleh terus memenuhi tuntutan ALLAH, tuntutan-tuntutan berdasarkan kepada ajaran al-Quran?

Cuba tengok bagaimana masyarakat kita, macam mana belia, budak–budak yang keluar dari sekolah. Bila kita pilih seorang keluar dari sekolah kebangsaan, jadi imam terus, rata-rata tidak boleh jadi Imam. Rata-rata tidak boleh baca doa. Terpaksa ada sekolah tahfiz.

Bila sampai solat Terawih bulan puasa, kita kena import tahfiz jadi imam  untuk solat Tahjud, solat Terawih. Terutamanya daripada pusat tahfiz, pusat pengajian pondok yang tidak tersusun ini, yang tiada kokurikulum sempurna yang boleh dikatakan ‘zero’ daripada apa yang kita ada.

Bagi saya negeri Selangor, kemajuan sudah ke tahap negeri maju. Kalau kita hendak jadikan orang kita betul-betul menepati tuntutan Islam, maka kita perlu berjaya. Saya tengok bukan tidak berjaya tetapi boleh dibaiki. Mesti ada satu syiar, baik Umno dan Pas perlu berada di bawah landasan ini baru kita boleh  mengibarkan bendera kita ini.

Adakah Umno buat tidak menegakkan Islam? Tahfiz, ada sekolah yang dibuat kerajaan negeri. Itu semua dibangunkan oleh kerajaan Umno?

Muhammad: Ada, bukan tiada tapi apa yang kita buat tiada perancangan teratur. Saya fikir kalau kita di bawah lambang yang betul berpegang kepada al-Quran dan hadis, ini semua boleh dibuat dengan lebih baik bila semua sekolah kebangsaan itu seolah-olah sekolah Arab. Di situ kita ada pilihan semuanya.

Saya bukan hanya bercakap pasal sekolah, saya bercakap daripada segi sistem.

Shah Alam tempat orang Melayu berkumpul dari seluruh negara. Persoalannya, budak-budak yang keluar dari Shah Alam, banyak masalah. Masalah tingkah laku, masalah sosial, dadah, yang semakin lama semakin teruk dan masuk ke pusat-pusat serenti. Barang kali tidak cukup rohnya pimpinan kita yang dihantar dalam jabatan-jabatan ini untuk kita lahirkan apa sebenar hajat kita. Saya rasa kalau semua berkumpul baik Pas dan Umno, di bawah lambang Islam, kita hendak mencapai 70 peratus penduduk kita umat Islam, kita boleh laksanakan.

Yang keduanya, Shah Alam tempat berkumpulnya orang Melayu dari seluruh negara. Saya tengok, kalau kita tengok sejarah, Nabi menjadikan Bandar Makkah dan Madinah sebagai tempat mengembangkan syiar Islam.

Selangor merupakan negeri urban dan ini metropolis kepada seluruh negara. Lembah Klang, Selangor dan Kuala Lumpur adalah metropolis. Kalau nak jadikan ‘trend setter’ kena bermula dari bandar. Tidak boleh di kampung, daripada internet, tidak boleh. Internet tidak boleh mempengaruhi metropolis.

Dari segi pakaian, fesyen, set rambut, cara bertudung, mekup semua dari metropolis.
Kalau kita nak wujudkan budaya berteraskan kepada Islam mesti dari bandar. Bandar mesti mendukung cita-cita untuk menjadi pemancar syiar Islam.

Tetapi selepas lima tahun Tan Sri Selangor dipimpin Pakatan Rakyat (PR) yang ada Pas di dalamnya, adakah ia membawa ke arah yang Tan Sri mahukan?  

Muhammad: Kalau pengundi-pengundi hanya meletakkan enam sahaja wakil rakyat Pas di Perak, dan meletakkan 18 DAP dalam dewan, bagaimana hendak letakkan pimpinan Pas itu kuat.

Letak 20 orang Umno sebagai pembangkang, adakah adil, menuduh Nizar (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin) tidak boleh laksana ajaran Islam? Sebagai menteri besar, beliau seorang, ada lapan exco DAP, ‘we are sending a weak leader’.

Itu saya kata, kalau kita serius hendak menzahirkan kepimpinan Islam yang bersatu, kita kena menguatkan kepimpinan Islam.

Tanggungjawab pengundi menghantar kepimpinan Islam yang terdorong hatinya mengembangkan syiar Islam daripada yang ramai itu nanti, dia boleh di dalam bidang exco dan yang dipimpin oleh ketuanya yang sama berfalsafah Islam.

Saya pasti ini boleh berlaku. Kita kena bagi peluang kepada jenis kepimpinan ini untuk wujud.

Apa perjuangan Tan Sri menyertai Pas, adakah untuk membawa lebih ramai orang yang mempunyai kuasa, bersuara dan boleh mempengaruhi keputusan?

Muhammad: Selangor sudah sampai ke tahap negeri maju. What next? What next? What next?
Kita seronok dengan apa yang ada? Itu terpulang kepada pengundi-pengundi. Kepada saya, ia boleh ditambah baik.

Bagaimana tambah baik? Kita kena beri tanggungjawab kepada orang yang hendak memperhebatkan peranan ulama dan sebagainya, bagi mereka peluang. Ia akan mewujudkan ‘think tank’ group, dari segi belia.

Kita sudah ada pakar-pakar yang diwujudkan oleh Umno. Umno berjasa. Sudah ada, tinggal lagi mesti ada tanggungjawab untuk menarik orang ini memainkan peranan. Hari ini kita nampak kurang.

Kita ada banyak masalah sosial. Banyak pensyarah menulis artikel-artikel di akhbar, pakar itu, pakar ini. Maka tinggal kertas sahaja dan tidak digarap dengan baik untuk dilaksana? Mengapa tidak kita bagi peluang.

Adakah Tan Sri rasakan jika masih di dalam Umno, pendapat, idea dan pandangan Tan Sri sudah tidak dipandang?

Muhammad: Saya tengok kumpulan yang berminat dalam bidang ini ialah Pas.

Umno tidak berminat?

Muhammad: Saya tidak kata begitu, saya tidak mahu ‘attack’ Umno kerana saya lama dalam Umno. Itu tidak adil. Umno sudah buat baik. Saya tidak kata Umno tidak berminat. Saya fikir Pas perlu diberikan peluang. Bagi dia peluang.

Tetapi dengan Pas bergabung dengan DAP dan PKR, DAP macam dominan, Tan Sri ingat Pas boleh melaksanakan?

Mu n the eye of the blind the one I eject can be isolated, that the best hammad: Jangan bagi represent yang lemah. Kalau represent dalam kerajaan lemah, itu tidak boleh. Bagi saya ‘in the eye of the blind the one I eject can be isolated, that the best’.

Tan Sri meningkat naik ke Umno hingga ke peringkat Timbalan Presiden, tetapi kemudian tewas. Adakah Tan Sri fikir ada pihak katakan tindakan Tan Sri ini kerana kecewa.

Muhammad: Terima kasih. Barang kali sebab inilah tuhan kalahkan saya. Kita kena percaya qada dan qadar. TUHAN tewaskan saya supaya dalam tempoh lima tahun, saya boleh pergi surau, belajar al-Quran sampai khatam dengan tafsir. Antara guru saya, bekas Pengarah Jais dan di masjid, ada seorang hafiz mengajar saya setiap pagi.

Maka saya menggarap di mana kelemahan bangsa, di mana yang boleh dibaiki. Bolehlah saya lakukan setakat ini.  Tetapi selepas itu, saya kata mungkin tuhan beri saya peranan baru.
 
Saya dikalahkan di situ untuk peranan yang lebih sesuai, maka inilah peranan yang cuba lakukan.

Tetapi mengapa Tan Sri mengambil masa yang lama untuk 'khatam'?

Muhammad: Ya, saya mengambil masa yang lama, ‘sit down’ muhasabah diri. Saya tengok bangsa saya berpecah belah. Pecah belah teruk, tidak nampak asasnya untuk bersatu.

Saya juga cuba menyumbangkan sekarang ini, mungkin saya gagal, tak apa. Tetapi lebih baik saya bercakap dan menyampaikan daripada saya diam. Ini pada saya satu usaha.

Kalau ini boleh dibuat, peranan ulama kalau kita boleh menjadi pemancar Islam di timur jauh ini, mungkin umat Islam di negara kita ini ‘can lead’.

‘Can lead’ dalam bidang-bidang, kita dah ada bank Islam dan banyak lagi. Tetapi ada bidang-bidang lain perlu ada penambah baikkan.

Bagaimana dengan isu kesetiaan bila penamaan calon, ramai calon mengambil keputusan bertanding Bebas. Adakah ‘loyalty’ sudah tidak lagi relevan dengan keadaan sekarang?

Muhammad: Loyalty itu mesti ada asas, bukan loyalty maknanya yang tidak berasas. Loyalty itu sampai satu peringkat, ada yang lebih yang boleh menghebatkan lagi.

Dalam parlimen kita ada 222 kerusi, saya tengok dekat dua pertiga boleh bersama, boleh bercantum dan kita boleh jadi kuat.

Orang bukan Melayu dia yakin bahawa Islam itu adil. Yang kata Islam itu tidak 'fair', ‘spinning of some people’, Islam ganas...Islam jahat. Tetapi jika diulang-ulang, ‘especially by western press’

Meletup, 10 orang mati.. ‘muslim militant very bad’. Tetapi 50 juta orang putih mati perang dunia, yang dibunuh oleh orang Kristian, berperang antara dia dengan dia, dalam perang dunia pertama dan kedua, dibunuh orang Kristian, tiada satu perkataan militan Kristian pun keluar.

Ini semua spinning. Tetapi kalau Islam, empat orang mati, militan Islam.

‘Islam is fair’ macam mana orang lain hendak takut . Saya tidak nampak ia menjadi isu yang besar.

Dalam konteks Selangor, kita setuju Tan Sri kata Pas tidak cukup kuat. Tetapi sekarang untuk PRU13 ini, Pas meletakkan 20 kerusi daripada 56 kerusi. Katalah Pas menang semua, tetapi mereka masih tidak boleh berbuat apa-apa, berbanding DAP dan PKR.

Muhammad: Satu permulaan yang baik, satu signal yang dihantar kepada semua orang. Biarlah calon-calon ini berkhidmat dengan baik.

Kalau mereka dapat tunjuk tauladan yang baik, dengan amanah yang tinggi dan boleh dipertanggungjawabkan. Mereka baik dan turun padang dan melayan orang dengan baik.

Saya fikir, orang akan tertarik. Dan yang baik akan menewaskan yang tidak baik.

Sinar/-

Tiada ulasan: