23 April 2013

Padah percaya teman lelaki

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Ahmad Ma zlan
Ahmad Ma zlan
MARANG - Tindakan mengikut teman lelaki bermalam di sebuah rumah membawa padah apabila seorang gadis berusia 13 tahun, dipercayai ‘diratah’ sebelum tampil membuat laporan polis di sini, kelmarin.

Laporan dibuat kerana gadis itu bimbang dirinya hamil.

Terdahulu, Jumaat lalu, suspek yang berusia 18 tahun dan dikenali mangsa, difahamkan menghubungi mangsa kira-kira jam 6 petang untuk menjemputnya keluar bersiar-siar dengan menaiki motosikal ke Kuala Terengganu.

Selepas itu, suspek kemudiannya mengajak mangsa pulang semula ke daerah ini namun tidak menghantarnya pulang, sebaliknya dibawa ke rumah rakannya di sebuah kampung, di sini.

Tanpa sebarang keraguan dan percayakan suspek, mangsa menuruti permintaan itu namun rupa-rupanya ia membawa padah kerana ia hanyalah taktik suspek untuk bermadu kasih dengan gadis malang itu di rumah berkenaan pada waktu malam.

Mangsa dipercayai tidur di bilik berasingan sebelum suspek memasuki biliknya pada waktu malam dan dikatakan melakukan perbuatan terlarang sebelum mangsa dihantar oleh rakan suspek ke sebuah stesen minyak pada Sabtu petang.

Mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Marang.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai rogol kerana mangsa masih di bawah umur dan bertindak atas laporan itu, polis segera mengesan suspek dan berjaya menahannya untuk membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

sinar/-

Tiada ulasan: