23 April 2013

Tahan sakit demi rakan

Foto12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Putrajaya: Mengalami sakit kepala yang teruk berikutan penyakit akut ketinggian (AMS) menjadi cabaran utama kepada Ketua Pendaki Everest Felda 2013, Siti Hanisah Sharuddin, 23.

Namun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat gadis kental itu untuk terus mendaki sehingga sampai ke puncak Island Peak.

Siti Hanisah berkata, dia masih mampu bertahan kerana tidak mahu masalah berkenaan menggugat semangat dan tumpuan pendaki lain yang turut menjayakan
misi Everest Felda 2013.

MOHD Asyraf dan Mohamad Ashaziq bergambar di puncak Island Peak.
“Pada mulanya saya hanya mengalami sedikit tanda AMS dan masih boleh bertahan kerana ia tidak mengganggu tumpuan saya, bagaimanapun, kesakitan makin terasa sewaktu saya meneruskan pendakian.
“Saya berdoa dan cekalkan hati supaya dapat menamatkan pendakian hingga

ke puncak Island Peak. Alhamdulillah, akhirnya saya selamat tiba ke puncak bersama pendaki lain,” katanya melalui e-mel kepada Harian Metro dari Kem Induk
Everest, semalam.
metro/-

Tiada ulasan: