KLUANG - Penjara Kluang mencari waris kepada seorang penghuni penjara, Hashim Sulaiman, 40, yang meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang, Jumaat lalu.
Unit Rekod Banduan Penjara Kluang, Inspektor Hasbih Halida berkata, jenazah kini masih berada di hospital dan belum dituntut.
Menurutnya, pihak penjara tidak dapat menghubungi waris keluarga banduan terbabit yang alamat terakhirnya di Kampung Majidee, Johor Bahru tetapi kini tidak diduduki keluarga waris.
“Bagaimanapun, Penjara Kluang mohon kerjasama orang awam untuk mencari waris keluarga banduan terbabit kerana kami percaya keluarganya sudah berpindah.
“Disebabkan waris bertukar alamat jadi, menyukarkan kami untuk menghubungi keluarga banduan berkenaan.
“Sekiranya ada waris-waris terdekat yang mengenali banduan ini boleh menghubungi terus saya di talian 013-7796028 atau Unit Rekod Banduan di talian 07-7875200,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Hasbih juga memohon kerjasama orang ramai untuk mencari isteri banduan, Sadiah Mohd Shah untuk memaklumkan mengenai berita kematian suaminya.
Beliau berharap waris banduan terbabit dapat tampil bagi memudahkan tugas-tugas pengebumian jenazah.
Sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan