KUCHING:
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan
DUN Sarawak dibubarkan Isnin dan notis mengenainya telah dihantar kepada
Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang
Barieng.
Memetik laporan Malaysiakini.com, Taib berkata demikian pada sidang
media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuching.
Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri akan diadakan dalam
masa 60 hari menurut undang-undang pilihan raya. Manakala Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) pula dijangka akan menetapkan tarikh penamaan calon
dalam masa terdekat.
Kesemua 71 kerusi dijangka akan ditandingi, dengan parti-parti
pembangkang, iaitu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Keadilan
Rakyat (KEADILAN), dan Kongres Dayak Malaysia (MDC), menunjukkan
kesediaan bertanding di kawasan pilihan raya yang strategik.
Dalam pilihan raya pada Mei 2006, BN hilang lapan kerusi kepada
pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk KEADILAN
dan bebas.
Pembangkang dilihat berada dalam keadaan yang lebih selesa untuk
menghadapi BN pada pilihanraya negeri ini, selepas 3 tahun tercetusnya
tsunami politik di semenanjung.
Ini kerana pelbagai isu yang berlingkar di bawah pentadbiran Taib
Mahmud seperti isu tanah adat, kemiskinan, rasuah dan kekayaan yang
dibolot Taib dan keluarganya, akan menjadi faktor beralihnya sokongan
rakyat Sarawak terhadap BN.
sinar/-
1 ulasan:
Pilihanraya dewan undangan negeri Sarawak dah buat 2011. Taib Mahmud boleh kekal memerintah sehingga 2016. Apa strategi BN benar Sarawak bubar DUN ni.
Catat Ulasan