02 April 2013

Punah dirobek peluru

Foto21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Lahad Datu: Penat lelah seorang penduduk Kampung Tanjung Labian, di sini, mengumpul modal sebanyak RM50,000 yang dilaburkan dengan membuka kedai runcit akhirnya lebur begitu sahaja apabila mendapati kedainya hampir roboh manakala semua barangan dijual tidak boleh digunakan akibat dipenuhi kesan peluru.

Peniaga terbabit, Mahadi Aidil, 34, jelas tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya sebaik menjejakkan semula kaki ke kampung halaman buat pertama kali selepas lebih sebulan lalu berlindung di pusat penempatan sementara ketika pengganas mula memerangi pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.
“Saya membuka kedai runcit ini kira-kira dua tahun lalu selepas mengumpul wang hasil 10 tahun bekerja sebagai kerani di Kota Kinabalu.

“Selepas mengumpul modal mencukupi, saya berhenti kerja dan menjadi peniaga sepenuh masa di kampung,” katanya ketika ditemui, semalam.

MAHADI menunjukkan kedai runcitnya di Kampung Tanjung Labian yang dipercayai digeledah pengganas.

Katanya, hatinya hancur sebaik melihat keadaan kedainya yang rosak teruk termasuk struktur kedai hampir tumbang menyembah bumi dipercayai akibat pertempuran sengit antara pengganas dengan pasukan keselamatan.

metro/-

Tiada ulasan: