02 April 2013

Nik Aziz: Pas tiada masalah jika Parlimen bubar esok

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Nik Aziz


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Pas tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan esok, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


"Senarai calon, kita kira sudah selesai... tiada masalah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di  ini, hari ini.



Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang membayangkan  kemungkinan pembubaran itu bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) diadakan.



Akhbar berkenaan membuat andaian itu berikutan apa yang disifatkan sebagai arahan supaya anggota Jemaah Menteri lelaki hadir  pada mesyuarat Kabinet esok lengkap berpakaian berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.



Sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata kerajaan negeri Kelantan dijangka dibubarkan serentak dengan Parlimen.



Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud berkata hari terakhir tempoh mandat lima  ahun Dun berkenaan ialah pada 28 April ini. - Bernama



Tiada ulasan: