02 April 2013

Pameran ‘Kenapa Mesti Tolak Umno BN’ esok

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) akan meneruskan program dengan menganjurkan pameran ‘Kenapa Saya Mesti Tolak Umno BN’ di hadapan Sogo, esok.
Jurucakap Tolak, Eikhwan Ali memberitahu, pameran yang akan bermula jam 12.30 tengah hari itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat ibu kota berkenaan kegagalan dan ketidakupayaan Umno BN dalam mentadbir negara.

“Semasa pameran itu berlangsung juga, Tolak akan menghimpunkan tanda tangan rakyat sebagai bukti komitmen rakyat untuk tidak lagi mengundi Umno BN dalam PRU13 akan datang,” ujarnya.

Ahad lalu, Tolak telah menganjurkan Konvoi Anak Muda Tolak Umno BN bermula dari Dataran Shah Alam dan berakhir di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.

Acara yang disertai 500 orang anak muda  itu berakhir dengan penangkapan Pengerusi Tolak, Azan Safar di hadapan rumah PM.

Hujung minggu ini pula, Tolak akan memulakan program jelajah ke seluruh negara bermula dari KL ke Seremban dan diikuti dengan Melaka.

harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap program ini dapat diperluaskan ke seluruh negara untuk memberikan kesedaran kepada semua lapisan rakyat...