Jitra: “Arwah hanya beritahu anak saya, Yana Baharim, 29, dia rasa
begitu letih dan penat sebaik pulang dari tempat kerja kira-kira jam 2
petang semalam (kelmarin) sebelum masuk ke dalam bilik untuk menukar
pakaiannya.”
Begitu kata Wan Rabiah Wan Ismail, 50, isteri kepada Komander Unit
Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam Asisten Superintendan
Baharim Kamis, 53, yang dipercayai meninggal dunia ketika tidur di
rumahnya di Kuarters UPP, di sini, kira-kira jam 3 petang kelmarin.
Wan Rabiah berkata, sebelum itu, dia mula berasa tidak sedap hati
apabila tidak dapat membuka pintu bilik kerana berkunci dari dalam
sedangkan dia pernah berpesan kepada suaminya agar tidak berbuat
demikian.
Menurutnya, berikutan itu, dia meminta Yana memanjat melalui tingkap bagi melihat keadaan bapanya kerana langsung tidak menyahut walaupun sudah dipanggil berulang-kali.
Menurutnya, berikutan itu, dia meminta Yana memanjat melalui tingkap bagi melihat keadaan bapanya kerana langsung tidak menyahut walaupun sudah dipanggil berulang-kali.
AHMAD Zaini (kiri) menziarahi jenazah Baharim yang meninggal dunia petang kelmarin.
“Biasanya kalau dia (Baharim) tidur sekali pun, dia akan terjaga selepas dipanggil beberapa kali tetapi tadi (kelmarin) kami langsung tidak dengar dia berdengkur atau seperti sedang tidur.
METRO/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan