02 April 2013

Anuar Tahir cabar MB Perlis bagi bukti

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KANGAR: PAS Perlis mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai memalukan apabila beliau cuba mebuat andaian buruk membabitkan parti pembangkang.

Dalam kenyataannya yang dipetik Bernama, Md Isa menyifatkan parti pembangkang kini menonjolkan diri melalui projek dan program kerajaan dengan mendakwa apa yang dinikmati rakyat adalah hasil perjuangan mereka.

Md Isa berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar di Simpang Empat baru-baru ini.

Mengulas tuduhan Md Isa itu, Timbalan Pesuruhjaya  PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir(gambar) bekata kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar itu adalah tidak berasas dan tidak bertanggung jawab.

"Apa logiknya tuduhan beliau itu mengatakan pembangkang menonjolkan diri melalui projek dan program kerajaan? 

"Md Isa kena buktikan tuduhan ini dan bukannya melemparkan tuduhan seperti ini. Bila, di mana dan siapakan pemimpin pembangkang yang berkata sedemikian? 

"Bercakaplah dengan fakta dan jangan buat andaian murahan sebegini. Menteri Besar kena bertanggungjawab kepada rakyat dan bukan bercakap seperti di kedai kopi. 

"Jangan perlekehkan gelaran YAB itu menerusi cakap kosong yang memualkan," katanya.



YDP MPK tidak bertanggungjawab



Dalam perkembangan yang sama, Bernama turut memetik kenyataan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Rosley Mat yang menyatakan pembangkang pernah menolak pembangunan di kawasan bandar Kangar termasuk cadangan memindahkan Pasar Besar Kangar ke Kampung Sena beberapa tahun lalu.

Beliau dipetik berkata bahawa kini pihak pembangkang mengubah kenyataan dengan mengatakan perpindahan itu adalah hasil perjuangan mereka.

Mengulas ini, Mohd Anuar berkata, kenyataan Rosle selaku penjawat awam sangat tidak bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataannya.

Memetik kata-kata Rosley ketika pejumpaan dengan pimpinan PAS Perlis pada 22 Februari lalu, Mohd Anuar meminta beliau bertanggungjawab dengan kenytaaannya yang mendakwa pihaknya dan MPK adalah professional dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

"Nampak sangat kata-kata beliau itu bersifat palsu dan 'bertanam tebu di bibir'. Beliau kena bertanggungjawab dalam membuat sebarang kenytaan atau ucapan, jangan mengada-adakan sesuatu hanya kerana nak mengampu MB. 

"Kenyataan beliau sebegini menampakkannya sebagai tidak adil, berat sebelah dan tidak jujur. Kami tegaskan, kalau YDP MPK sendiri terlalu ingin berpolitik, letak jawatan dan bergiat dalam politik kepartian. Mana tahu mungkin dipilih jadi calon BN nanti," tegasnya.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: