13 April 2013

Tak perlu gaduh pasang bendera

2 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Tak perlu gaduh pasang bendera

Gambar yang dirakam sekitar Dun Batu Burok, Kuala Terengganu. Gambar kecil: Muhd Supian
KUALA TERENGGANU – “Tak perlu nak ‘baloh’ kalau nak tampal poster,” jelas Ketua Umno cawangan Mengabang Tengah Masjid, Muhd Supian Muhammad.

Muhd Supian ketika ditemui Sinar Harian berkata, mana-mana parti tidak perlu bergaduh soal tampal atau pasang poster dan bendera kerana ia kelihatan seakan memperbodohkan diri sendiri.

“Semua pihak sama ada parti kerajaan atau pembangkang perlu menghormati antara satu sama lain dan memberi ruang kepada parti masing-masing melaksanakan kerja menampal poster atau menggantung bendera mereka dengan aman.

“Buat apa hendak gaduh pasal masalah ini, adat berpartilah berlumba-lumba meletakkan bendera masing-masing,” katanya.

Menurut Muhd Supian, semua pihak perlu mengikut peraturan dan buat kerja sendiri, malah disarankan supaya tidak mengganggu komitmen orang lain.

Dalam pada itu, beliau mengakui sedikit terkilan dengan sesetengah pihak kerana terdapat kes beberapa bendera Barisan Nasional (BN) dibuang serta dicabut di kawasannya.

“Sepatutnya, masalah ini tidak perlu berlaku kerana kerja-kerja pasang bendera adalah untuk menunjukkan semangat kepartian penduduk setempat.

“Ia juga memberi kesan kepada para pengundi untuk memilih parti kesukaan mereka dan memeriahkan lagi suasana Pilihan Raya Umum Ke-13,” katanya.

Sinar/-

Tiada ulasan: