16 Mei 2013

17 panggilan 'main-main' buang masa bomba

6 Rejab 1434 H. [MOD] -


17 panggilan 'main-main' buang masa bomba
Ghani mencuba antara kelengkapan forensik yang digunakan oleh anggota JBPM yang dipamerkan pada sambutan berkenaan.
 
BATU PAHAT – Bilangan panggilan ‘main-main’ yang direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berada di tahap terkawal apabila hanya 17 panggilan diterima pada tahun ini sehingga 1 Mei lalu.

Pengarah JBPM negeri, Datuk Ab Ghani Daud berkata, bagi tahun 2012, pihaknya merekodkan 152 panggilan palsu.

Menurutnya, berlaku penurunan berbanding tahun lalu dan kami harap agar masyarakat lebih bertanggungjawab kerana melakukan panggilan palsu adalah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan.

“Dalam kebanyakan kes, anggota bomba akan terus bergegas ke alamat diberi tetapi tidak menemui apa-apa tanda berlaku kebakaran atau kecemasan, dan ini akan menyusahkan anggota pasukan.

“Keadaan ini bukan saja membuang masa anggota dan membazir kos operasi bomba, malah boleh menyebabkan kes lain yang memerlukan kehadiran anggota dan jentera bomba gagal ditangani dengan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Bomba peringkat negeri di Balai Bomba Jalan Timah Sari, Batu Pahat, semalam.

SINAR/-

Tiada ulasan: