16 Mei 2013

Kedai Franz popular untuk mengawet haiwan

6 Rejab 1434 H. [MOD] -


SAKVICE - Seorang penduduk di Republik Czech, Radomir Franz dikenali sebagai pakar seni mengawet haiwan yang terkenal di tengah Eropah.

Dia bercita-cita untuk menjadi pakar seni pengawet haiwan sejak berusia 13 tahun.
Lebih tiga dekad kemudian, Franz merupakan seorang pakar seni mengawet haiwan yang mempunyai ramai pelanggan.

Dia mempunyai sebuah kedai mengawet pelbagai haiwan yang telah mati seperti buaya, ular, beruang, burung, rusa singa dan ikan.

Franz melatih 15 orang pekerjanya tentang cara untuk mengawet haiwan.

Kira-kira 40 peratus tempahan mengawet itu diperoleh dari luar negara.

Kos mengawet seekor gajah di kedainya itu ialah kira-kira AS$37,500 (RM112,631) yang melibatkan tempoh selama beberapa bulan.

Kira-kira 1,000 ekor haiwan diawet di kedainya pada setiap tahun.
Haiwan paling besar yang diawetnya ialah seekor zirafah. - AP

Tiada ulasan: